Showing posts with label Ibu's story. Show all posts
Showing posts with label Ibu's story. Show all posts

30 December 2013

Nenek meninggal dunia

2/12/13, Isnin,
7.45 pm - busy day kat tempat kerja ibu... Smpai rumah dah 7,45pm.. Ayah ckp abah (pakcik ibu) kol, bgtau nenek tak sedar, kritikal kat hospital Sultanah Amunah JB. Ibu tak pasti lagi nak balik atau tak. Sebab nrnek mmg selalu masuk hospital sebab keadaan penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dia. Ibu masak sup ayam. Pastu ibu kol nek tam zhafran, Nek tam ckp moyang zhafran tenat, 50-50 je harapan. Terus ibu kemas bag, makan masi dan shoot balik johor. Sinngah rumah nek tam kat gombak amik anak-anak nek tam, palcik sopi dan shahril.

3.12.2014, Selasa,
3.00am - sampai hospital.. Terus ibu tgk nenek. Keadaan nenek mmg sgt lemah dan kritikal. Nenek bergantung pd mesin bantuan pernafasan. Mak teh ckp isnin pagi tu nenek dah nazak, doktor tnya makteh nk guna mesin atau tak, mak teh ckp ya, sbb anak2 nenek ramai yg belom sampai.

6.30am - doktor jumpe anak-anak nenek tanya keputusan mereka. Atas nasihat doktor, mereka dah bincang utk tanggalkan mesin pernafasan nenek. Sebab tak nak nenek terus menderita sakit. Masa doktor nak cabut tiub dr mulut nenek, ibu keluar sbb ibu x smpai hati nak tengok saat nyawa nenek dicabut oleh malaikat Izrail. Ibu ingatkan lps cabut tu nenek terus meninggal, rupenya tak. Doktor masukkan oksigen, nenek terus bernafas.

10.30am - nenek stabil sikit drpd smlm. Nenek boleh bernafas sendiri. Oksigen level mencecah 100%.

12.00pm - ibu naik atas kejap tengok nenek. Masa ni oksigen level drp skit 92-93%. Nadi pon kerap jatuh bawah 50 menyebabkan mesin berbunyi. Ibu rasa x sedap hati. Ibu x sanggup tengok. Ibu ajak atuk turun makan nasik, tp atuk tak nak. Ibu turun bawah. Angkat zhafran yg tgh tidor atas kerusi kat kaki lima wad hantar kat ayah yg tgh tidur dlm surau.

1.00pm - ibu duduk makan nasi ayam kat kerusi kaki lima wad cempaka. Fatihah sepupu ibu temankan. Lps makan ibu terpandang surat khabar metro kat sebelah. Ibu baca. Fatihah borak2 dgn kakak sebelah dia pegang baby.

1.25pm - ibu dgr azan zuhur. Ibu habiskan baca surat khabar sikit lagi.

1.30 pm- ibu dah habis baca surat khabar. Ibu tergerak hato nak naik atas tgk nenek. Ibu smpai je dpn pintu wad 4 cempaka  ibu nampak ramai orang kat katil nenek. Rupenya nurul, ika dan lain2 ada kat atas jugak. Tergerak kat ati ibu lain macam je.. Ibu berjalan ke katil nenek yg terletak kat tgh2 wad, dpn meja nurse. Masa tu la sepupu ibu nurul dan ayah dia ckp  "tak ada dah". "Bila?" ibu tanya. "baru kejap". Nenek ibu (moyang zhafran meniggal dunia 1.30pm.

Atuk menangis la. Kesian kat atuk, dia sayang sgt kat nenek. Berpuluh tahun nenek sakit dia jaga, masak, suap makan, etc. Atok ckp kat ibu "15 tahun atuk yg masak, basuh baju.. Kalau dia panjang umur lagi, tak meninggal lagi, atok tak kisah pon buat semua tu".

3.00pm - van jenazah dtg amik nenek hantar g umah mayat. Ibu, nek andak, nek nani dan acik aida sepupu ibu tlg ustazah mandikan jenazah nenek. Pengalaman pertama ibu mandikan jenazah. Itu lah bakti terakhir ibu utk nenek. Ibu mmg x dpt balas semua jasa dia yg jaga ibu masa ibu kecil.

4.30 pm - van bertolak ke rumah.

5.30 pm -  Smpai rumah utk solat jenazah.

6.30 pm - selesai urusan pengebumian nenek.

10 April 2013

My Baby Zhafran

Alhamdulillah, tahun ni tahun ke 9 perkahwinan ibu dan ayah. Hari ni jugak Zhafran masuk 3 tahun..Tahun ni jugak ibu masih belum mengandung dan melahirkan anak.. Cuma Zhafran yg jadi penghibur ayah dan peneman setia ibu sejak usia perkahwinan ibu dan ayah mencecah 6 tahun. Zhafran tak habis2 dgn Ultraman nya.. plg parah dia yg jadi Ultraman.. ibu dgn ayah jadi monster,,, sakit2 badan ibu kena tumbuk, kena gomo dgn Zhafran.. Memang kadang2 kadang ibu marah, marah sgt pun ada.. ibu cubit Zhafran.. geram sebab sakit badan ibu.. Bila Zhafran buat jugak, kene setepek hanger kat kaki kecik tu...Tapi waktu mcm ni Zhafran tak ada kat rumah pergi sekolah, ibu rindu sgt kat Zhafran, He is not only my accompany, he is also my bodyguard! Sebab setiap kali ibu berpura-pura sakit kena babap oleh ayah, Zhafran The Ultraman akan dtg ptotect ibu.. Dia akan tumbuk ayah berkali-kali dgn gaya mcm seorang Ultraman.. miss that moment sooo much...Then he will asks me, " Ibuu, sape buuwat?"  suweeettttttttttttt sangattttt okehh..

Ibu tak pernah menyesal ada Zhafran, 
tak permah rasa tak suka Zhafran.. 
yg pernah ibu tak suka adalah perangai Zhafran
yg suka pukul ibu bila Zhafran bertukar jd Mebius
yg suka henyak badan ibu waktu ibu baring tgk tv
yang buat tak dengar bila ibu suruh kemas toys yg Zhafran sepahkan satu rumah
yg suka main air sampai basah baju seluar ibu waktu ibu mandikan Zhafran
yang tak nak pakai baju seluar sendiri wlwpun dah pandai pakai sendiri
yang terlalu manja sampai sgt dependent pd ibu
yg kdg2 mengada byk songeh....
After all. ibu amat sayangkan Zhafran..

psssss... mood rasa bersalah kat Zhafran sbb mlm td dia naughty, ibu ckp ibu tak nak Zhafran, ibu nak tukar Zhafran dgn Qaseh kat Acik Zira.. Dia baring sebelah ibu, ibu tolak dia kat tepi, ibu ckp ibu tak nak dia. Dia menangis, tp ibu buat dek je. Niat memula nak test Zhafran je nak tgk reaksi dia, tp bila dia beri reaksi ibu tak respond mcm yg sepatutnya ibu respond.

Okeh.. ibu nak mandi, solat, beli barang buat kek birthday Zhafran than gi amik Zhafran. Amik Zhafran ni kang ibu pujuk Zhafran lah.. ibu akan ckp ibu sayang sgt kat Zhafran...  8-)  Sure he will be ok, ibu pun will be ok.. Muahhhh...


Ko ada ilmu ke nak Berniaga ni?

Ko ada ilmu ke nak Berniaga ni?
Tak de byk.. ada ilmu asas je...

Masa gi Seminar Berani Berniaga Dr Azizan Osman ari tuh, ibu dpt la skit ilmu perniagaan dr dia..
before ibu cerita ilmu yg ibu dpt, ibu nk cerita tentang Dr Azizan osman ni...

Rupa fizikal org nya mmg boolat... hehehehehe lau nk masukkan kategori hensem tu mmg first dr belakang.. Ibu notice dia sentiasa senyum je.. kelakar, dan ikhlas. Dari segi pertuturannya, dia seorang yg cakap direct to the point, mungkin agak laser sikit laa... bahasanya ringkas, bila dia explain kita mudah faham explanation tu, body language dia pun kdg2 kelakar seiring dgn ayat dia yg kelakar tu. cthnya dia suka buat mcm2 ekspresi muka.Tak kedekut ilmu, dan kemungkinan besar dia seorang yg caring.. ulalala

wlwpun orgnya boolat, gelap dan tak hensem, tapi renungan mata dia tajam, aura dia kuat


ILMU DR.AZIZAN OSMAN @ SEMINAR BERANI BERNIAGA 2013 - SACC MALL (31/3/2013)



1.Prinsip pertama dalam hidup adalah BERSYUKUR
Barangsiapa bersyukur dengan nikmatku, Aku akan tambah lagi... Dulu Dr.Azizan citer, dia selalu komplen....salahkan mak ayahla lah sbb tak pernah ajar berniaga.. sebab tu dulu dia gagal.. Mentro dia Peter Lau kata pada dia pertama sekali adalah, " Kau perlu berterima kasih dengan Tuhan".
Orang yang banyak komplen tidak ada masa nak bersyukur, Orang yang bersyukur tidak ada masa nak komplen.
2.TINDAKAN adalah penting, tapi paling penting lagi adalah MATLAMAT..
Asyik pikir pikir pikir.......dah 48 tahun tak start-start.
3.Yang lagi penting adalah KEINGINAN yang TINGGI..
Selalunya keinginan dia lemau, suam-suam kuku..wam warm chicken shit..Kalau tak ada keinginan yang tinggi, 2-3 ekor biawak lalu depan kedai pun..akhirnya tutup kedai...
4.Perkara baru yang Dr.Azizan belajar dari Richard Branson ialah:
1) Nampak MATLAMAT dengan jelas, kau nak pegi mana?
2) SENYUM - ENJOY the journey...ramai orang yang nampak MATLAMAT dgn jelas, tp tak enjoy dpm perjalanan nak capai matlamat tu.. dr awal dah rasa susah, tak senang hati..tak enjoy...
 Antara bisnes Dr.Azizan dari Department yang kecik, bisnes untuk TM bernilai RM2.8 billion.
5.Bina EKONOMI kita sendiri, kita tak akan risau dengan ekonomi dunia.
Walaupun ekonomi negara gawat, kita tak ada efect ape. sbb kita ada ekonomi sendiri yg kukuh.
6. Strategi pemasaran- kena memahami EMOSI manusia..
Isunya kalau kita pandai buat karipap sedap macam mana sekalipun tapi kalau orang tak tahu, kita makanlah sendiri..
Kalu tokey restoran ikan paten meleleh...muka hawau,jangan harap lah rezeki nak masuk...
7.Bermulalah di mana kita boleh bermula.
TANPA seringgit pun dah boleh start buat bisnes.
Kelemahan bangsa saya kata Dr. Azizan Osman ialah majlis ilmu tak nak pegi...baca pun tak nak...
8.  Kalau nak buat bisnes NIAT untuk jadi kaya, u tak akan kaya.
Tapi kalau u nak buat bisnes sebab nak tolong selesaikan masalah orang, sooner or later u akan terpaksa kaya.
9. Apa yg kita dpt, kita kena bagi balik
Berapa banyak pun duit kita dpt..kita mesti BERSEDEKAH....
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada ramai orang.
10.Apa yang saya FIKIR, apa yang saya RASA, apa yang saya CAKAP dan apa yang saya BUAT, semuanya adalah DOA.
Belajar tukar apa yang kita cakap.

11.Rasulullah tak pernah makan gaji.
Kalau esok mati, alhamdulillah...masalah selesai..what if tak mati-mati lagi?
Apa yang kita buat sekarang, untuk next generation.
Sepatutnya lagi banyak bisnes, lagi banyak duit, lagi banyak masa..
12.Belajar dgn org yg tepat. 
Kalau nak jadi pemain squash terbaik, boleh ke belajar dengan Misbun Sidek?
If u want to be successful, change your friend! For things to change, I must change first!

13. FAST ACTION, FAST RESULT
TERHEGEH-HEGEH ACTION, TERHEGEH-HEGEH RESULT!
Hanya yg pantas akan menang!

Lain-Lain:

 Masalah student Dr Azizan dari Johor, buat online bisnes, sale RM 130 K , tapi masalahnya..tak ada masa nak pi melancong ( masalah yang best )
Masalah student Dr Azizan di Kedah pula, sale dah RM 40K-50K sebulan, buat bisnes online jugak..maknya suruh cari kerja jugak sebab ingat anaknya malas asyik gentel facebook je.. dia suruh pegi kerja macam orang lain
Dr.Azizan sentuh pasal AURA
1. Kenapa nak Aura besar? Supaya mudah didekati, di sukai..
2.Gunalah apa-apa doa dan mandi garam.
Cara bersihkan AURA
1.Mandi garam 21 hari (the best sebelum tidur)
2.Beristighfar setiap hari (min 101 kali) selama 21 hari
3.Selawat 1000 kali selama 21 hari (boleh installment, asalkan complete dalam masa sehari)
4.Tak boleh marah-marah..kemarahan bocorkan aura..The moment dia marah, aura dia pecah..

Ilmu Dr.Yusry
1.Hidup jangan dihantui..(pengalaman-pengalaman pahit)
2.Bagi orang yang happy, dia mempunyai tenaga yang banyak
3.Kalau kita bahagia, tenaga lebih baik..
4.Yang paling penting, hidup biar SENYUM dan sentiasa dalam keadaan TENANG

06 April 2013

Ko Berani Berniaga???

31 Mac arituh ibu and ayah attend seminar Dr Azizan osman kat SACC.. yg ni seminar yg plg basic, FOC je. Ayah yg memula ajak ibu pergi and register kan ibu, sbb ayah ckp dia nak ibu dgr sendiri dr Dr Azizan Osman. Kalau dia yg ckp ibu tak paham.. Kua Kua Kua.. Cliche sungguh statement ayah tu..

Pagi 6.30 dah bangun, siap2 7.30 keluar rumah. ibu tak sempat breakfast.. bersiap lama sgt, ayah sempatla minum milo dgn oat. Zhafran ibu and ayah dah amanahkan Ciksu jaga sampaila we ol balik ptg karang.

Sampai SACC 7.45 am parking dah penuh, org pun dah ramai. kena register dulu then diorg akan bg gelang tgn kertas kaler merah. Then 8.15 am pintu besar dibuka utk masuk dewan.. haaa ni part yg plg ibu tak suka... Masa nak masuk ni semua org yg dlm anggaran 2 ribu dah tunggu kat dpn pintu.. bila pintu buka, semua org berebut-rebut nak masuk, ape lagi semua bertolak-tolak la nak cop seat kan... sape cpt dpt seat area dpn.. sape lambat seat blkg la.. giler la... dah mcm segerombolan anak kambing yg berebut-rebut nak keluar kandang ko tau! Serius sgt tak selesa.. berkali-kali bahu dan tgn ibu bergesel dgn lelaki-lelaki bukan mahram di sekeliling ibu.. lemas dan tersepit la.. Sangat tidak professional! Mcm budak tadika yg berebut nak gula-gula pun ada! Sabor je la.. Pasal hal cara masuk ke dewan tu, tak psl-psl ibu angin pagi tu.. tp kejap je.. bila dah start ok la.. cool balik.. tak baik utk diri sendiri dan org sekeliling bila marah je ni..

Ni lah gambar keadaan sblm masuk dewan.. Gambar adalah di google..


Sebelum DR Azizan start, mamat pic atas ni akan suruh kita menari dulu... err.. ngeri ko... agak over la tarian senaman dia tu.. mmg normal utk program seminar mcm ni as an ice braker and eye opener kena menari skit.... skit-skit sudahlah.. ni over.. nak kena gelek kiri, gelek kanak, melompat bagai...sgt tak Islamic.. kan 90% yg dtg tu org Islam.. tak ada langsung dimulakan dgn doa, Assalamaulaikum.. bahkan dimulakan dgn menari dan say HI! Sape2 yg nak perkenalkan nama pun ckp Hai! Yg nak menyapa pun kena ckp Hi Helmi! Hi Siti! Pastu mamat ni punye baju byk kali terangkat nampak perut dia kottt.... OMG! Perlu ke mcm tu? Tepuk kepala tanya otak sendiri la brother...

1.30 pm - 2.30 pm lunch break and solat. Kitorg pergi cari mkn kat kompleks pkns.. tp ... ramai sgt org.. semua tmpt mkn full... tmpt mkn yg mahal je yg tak ramai org.. Memula kirg pergi mkn kat foodcourt atas pkns tu, tp order lamabat dgt org lain yg dtg pas kitorg dpt nasi grg dulu... tak larat nak tunggu dah kul 2 pm masa tu, ibu, ayah and kwn ayah, Mie.. blah la.. nak cari surau .. tak jumpe lak. Bila jumpe surau gile punye full! Ibu dah bengang dgn Mie tu atas keterhegeh-hegehan dia, ibu beratur je bli Mcd.. Tak peduli dah lah.. Suka ati ayah la dia nak ikut kwn dia tu, ibu tak boleh la nak ikut org yg jln slow, action slow mcm tu..so ibu buat keputusan sendiri lagi baik.

Pas beli Mcd. dah 2.25 pm.. terus ibu pergi dewan dulu tinggalkan ayah dgn kwn dia yg masih tgh mkn kat restoran FC.. Alhamdulillah, ibu dpt seat, siapkan copkan seat utk ayah dgn kawan dia. Dah dkt kul 4 baru ibu keluar gi solat zohot kat tgkt 2 SACC tu.

Ptg tu aktiviti adalah penerangan dr agensi kerajaan ttg pinjaman perniagaan, yg ada adalah TEKUN, SME Bank, MITI dan PNB. Diorg explain dgn details psl servis kerajaan yg diorg wakili. Alhamdulillah... seblm ni tak pernah tau psl TEKUN, dan MITI.. skrg ibu dah tau. Dan ibu lebih tau ttg SME bank yg ibu dah pernah belajar sikit dulu masa gi Kursus Asas Keusahawanan Siswa.

Seminar tu habis 6.15 pm mcm tu. Insya Allah, 13 April 2013 ni ada lgi seminar Berani Berniaga ni kat Menara PGRM Cheras. Ibu dah daftar. Kali ni ibu akan pergi dgn mak sedara ibu mak Tam. Ibu ajak dia pergi sbb dia bisnes menjahit dr rumah, so dia patut dtg dan dgr seminar Dr Azizan ni.



10 October 2012

Kepenatan, Kelesuan = Keemosian

Malam semalam, Isnin 9/10/20102, pukul 10 mcam tu ibu dgn Zafran baru sampai dari rumah. Hari Ahad sebelum tu ibu dgn Zafran temankan kawan ibu pergi Muadzam Syah. Dia ada kerja kat sana, observe practicum student kat MRSM Muadzam. Sabtu sehari sebelum pergi ke Muadzam tu Zafran demam. Ibu bawak Zafran pergi jumpe Dr Serena. Sepanjang malam ibu berdoa semoga demam Zafran tak teruk esok nya... sbb nak berjalan jauh. Risau la ibu dgn keadaan Zafran. Zafran bila demam cranky.

Ahad pagi kul 9 we ol dah bertolak. Sampai Temerloh dekat pukul 12, tunggu ayah pulak. Ayah datang dari Jerantut, he has been there since Friday. Ayah tak bagi ibu pergi Muadzam tu apatah lagi nak bagi ibu drive ke sana. Kawan ibu tu old woman yg dah tak berapa larat dah nak drive. So, ayah sukarela drive kan ibu dan kawan ibu tu ke sana. Lunch kat Bandar Bera. Sampai Muadzam dah dekat pukul 4 petang. Malam tu we ol gi dinner kat Jentayu Kopitiam, opposite CIMB Bank.

Kat Muadzam we ol stay 1 night kat De Mawar Homestay. Bolehla ibu bg rating 4/5 kat De mawar tu. Coz bersih. Isnin tengahari settle la keje kwn ibu tu. We ol gi makan dulu kat bandar, then balik ikut Gambang coz ayah nak ke Kuantan pulak. Kawan ayah tunggu ayah kat exit tol Gambang. Syukur, Zafran tak meragam sangat. The only hard time was masa nak bg Zafran makan ubat. Zafran byk dengan alasan nak elak mkn ubat. Kdg2 nangis, lari jauh. Ibu kena tangkap Zafran, kepit Zafran.  Masa we ol sampai Gombak dah pukul 6.30 ptg.. jalan jem tahap gaban. penat sgt duk lam keta lama. KEPENATAN SUNGGUH..... Sampai je rumah ibu mandikan Zafran, mandi koboi je sbb Zafran demam lagi. Buatkan susu. Around 10.30 Zafran dah tidur. Ibu pulak kemas baju, mandi apa semua.. dekat kul 12 gak la baru ibu tidur. Esok nya... kami berdua bangun lambat.. 10 pagi kauuuu! Pagi tu bangun pun badan rasa lesu lagi. Seriyess penat sbb travel jauh dan lama smlm. Tak larat laa nak masak. KELESUAN... Kain baju byk kott ibu nak kena setelkan hari ni. Ibu goreng nugget, goreng ikan, masak nasi.. makan la dgn kicap.. cukupla untuk santapan kami berdua hari ini. Yang penting tak lapor... ada makanan.

Hari ni demam Zafran dah kebah... demam sikit je. Zafran buat perangai la... suruh ibu buat lego dia. Dia tak nak buat, tapi suruh kita yg buat. time ibu buat figure dr lego tu, Zafran tengok jer.. bukan nya dia nak buat sekali... lastly ibu pulak yg main.. Dah lama2 ibu dah tak larat la.. apa faedahnya pulak ibu yg main lego... byk keje lain ibu nak buat la Zafran... Bila ibu tak nak main dah lego, Zafran marah, nangis2.. campak pieces of blocks tu kat ibu pulak.. Ibu amik ibu campak lat kat tempat toy case Zafran.. Nangis jerit2 pulak.. Ibu buat tak tau je la.. Malas la ibu nak layan drama Zafran. Then masa Ibu nak suap makan, Zafran tak nak makan nasi. Puas ibu pujuk elok2... Last2 Zafran keluarkan nasi2 dalam mulut kat atas carpet... berterabur la nasi.. melekat kicap atas carpet... wahhhh marahnya ibu.... ibu dah la penat, lesu, tak ada mood ni.. Zafran buat perangai sungguh... Ibu marah.. tp tahan je marah.. ibu tak nak pukul or rotan Zafran... Ibu BEREMOSI SUNGGUH masa tu... Then ibu tak sedar ibu tunjal kepala Zafran...  ibu cakap "tak nak makan, sudah!" lepas dah buat tu baru ibu sedar.. ibu beristighfar.. tak baik la kann ibu tunjal kepala Zafran macam tu.. marah je lah tak payahlah nak turn the emotion into action..

Sekarang Zafran dah tidur... Bila Zafran tidur, masa tu la ibu akan peluk, cium Zafran puas2... cium amik bau ahli syurga ni. Sedap sgt bau tu.. sejuk hati bila ibu dpt cium bau Zafran. Ibu nak minta maaf kat Zafran sbb ibu kasar kat Zafran tadi.. maaf kan ibu yer sayang bucuk manja ibu.... semuanya sebab ibu kepenatan, kelesuan, tu yg ibu jadi keemosian.

05 September 2012

Kisah Ustaz Don Daniyal

Baru ni shortly one week after raya aidilfitri tersebar gambar pernikahan dan perkahwinan Ustaz Don kat internet. Sape tak kenal Ustaz Don ni kan.. He is a phenomenon in Malaysia just as Ustaz Azhar Idrus. Ibu pulak suka sangat tengok Ustaz Don.. Memula tengok dia kat TV Al-Hijrah rasa macam pelik tgk dia pakai celak tebal. Macam ada lagi ke lelaki zaman sekarang pakai celak tebal mcm ni? Orang tabligh je kan pakai macam ni...

Dari hari ke hari ibu suka tv Al-Hijrah ni.. It is an islamic tv channel. And ramai ex-UIA kerja kat channel tu macam Amin Idris, my senior. It also means ibu semakin kerap tertengok show Ustaz Don.. 30 Minit Ustaz Don. Kata orang tak kenal maka tak cinta kan.. tapi bila dah kenal terus jatuh cinta.... wahhhh gituuuuuuu..... Slowly ibu suka tengok cara ustaz Don ni.. can see he is so sincere and determine in his speech... sopan pun ada... bila dok ralit bercakap nak terangkan sesuatu dia akan cakap ustaz2. syeikh2... betulkan saya jika saya silap.. jika nak sentuh orang yg join show dia akan minta izin atau minta maaf and explain dia nak pegang kat mana dan kenapa. And one more thing, he looks very pious yet open-minded man, plus he is a good looking guy.

Bawah ni gambar perkahwinan ustaz Don dengan pasangannya Husna, a doctor to be. Sweet sangat tau gambar diorg.. suka tgk...  She must be very lucky to have Ustaz Don Daniyal Don Biyajid as her husband. Hope she really appreciate it and him and take care of him very very well.







Tetiba lepas tgk gambar ni sebok lah nak cari gambar kahwin ibu dgn ayah dulu... uwaaaa... mana? Tak ada soft copy la... nak scan so bg nampak sweet gak kan mcm gambar wedding Ustaz Don Daniyal ni..Tapi scanner tak de la pulak....

15 June 2012

Nak gi Jalan tapi Tak Dapat...

Mood sekarang sedih dan hiba.. sebab sejak menjak ni ibu rasa nak pergi jalan-jalan.. specifically nak pergi bercuti dan bersantai... sangat amat okey.. dah setahun lebih ayah tak bawak ibu dan zafran jalan-jalan. Setakat balik kampung tu bukan jalan-jalan.. tu aktiviti memerap kat rumah kampung. Ayah jer yang pergi berjalan sana sini. Pergi jalan-jalan shopping complex pun tak ada. kadang2 bila ada barang nak beli je baru ibu pergi Jusco sorang-sorang, amik barang yang nak then terus bayar dan balik.

Kali terakhir kami gi jalan-jalan masa gi Melaka bulan 4 tahun lepas. Tapi tahun ni... ishh... ishh... ayah tak ada bajet. Tahun lepas ayah masih gunakan kereta lama dia, wira. tp raya tahun lepas ayah dah upgrade kepada honda.. upgrade bermaksud tambah duit. Tukar keta tu pun sebab wira ayah dah banyak masalah. Setiap bulan ada je nak kena repair atau tukar. Tu yang ayah beli keta honda. Erm... masa memula ayah nak beli keta tu pun ibu ikut je la sebab tu keta ayah. Ayah yang pilih, ayah yang bayar monthly installment. Masa tu susah hati bila nak pergi mana-mana, nak balik kampung lagi la risau.. takut break down tengah jalan. Decision ayah tukar kereta tu memang tapat pada masa, cuma yg tak berapa tepat pemilihan kereta tu.. monthly kena bayar 1200... mahal la pada pendapat ibu. Ibu rasa membazir bayar kereta lebih dari seribu sebulan... sebab harga kereta tu makin turun, bukan makin naik.

Sebelum ni kos 2 biji keta ayah bayar seribu sebulan, tapi sekarang kos dua biji kereta 1500. Keta kenari ibu pun ayah yang bayar setiap bulan dari masa mula-mula beli. So duit untuk pergi bercuti dah tak masuk dalam bajet ayah lagi. Yg lain lain tu tentulah 700 untuk makan, 750 insurans, 300 susu dan pampers zafran. petrol dan tol pergi kerja pun dalam 700 gak sebulan. Sekali-sekala spent untuk beli baju, kasut dan tudung ibu.

Lagipun tahun ni dah enam bulan ibu tak kerja... suri rumah sepenuh masa. Jadi ibu tak ada bajet untuk pergi bercuti. Duit simpanan yang ada seprauh dah digunakan bayar duit muka keta honda ayah, separuh lagi ibu dah guna buat duit beli lauk dan barang dapur sepanjang tempoh enam bulan ni. Duit yg tinggal dalam bank ibu sekarang pun dah makin susut. jadi, ibu pun tak boleh nak berjimba-jimba dah.

Dari bulan tiga haritu ibu ada ajak ayah gi Cameron Highland... tapi bajet  ayah tak ada... gaji ngam-mgam je untuk perbelanjaan rumah. Teringin pulak ibu nak pergi jalan Lost World of Tambun.... kalau ibu cakap pun tau dah jawapan ayah. Tahun ni anniversary kami ke 8, birthday Zafran ke 2 dan birthday ayah ibu jugak tak diraikan. Kata ayah lebih baik simpan duit untuk makan daripada pergi bercuti. 

Mood: Sedih
Sebab: Tak dapat pergi bercuti
Punca: Bercuti tak ada dalam bajet 2012

28 February 2012

Ibu's Slim Program: Tak Perlu ke Gym nak Exercise Kan...

Okeh dokie... ibu want to start my own slim program.. sebab sekarang ibu rasa ibu dah overweight.. dah obese.. Kali ni, ibu serius nak slim.. So ibu pun dok mengugle pasal gym kat Shah Alam.. ada la jumpe 2 tempat yg khas untuk wanita sahaja. Tapi bila ibu fikir balik, kat rumah pun boleh exercise kan? Setakat nak berjgging ibu  ada treadmill kat rumah. Taman pun ada tepi rumah je bila ibu nak berjogging. So, kenapa ibu perlu bazirkan duit nak ke gym kan?

Mula-mula ibu kena set kan jadual exercise ibu. So akhirnya ibu akan bersenam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sebab pada hari tu Zafran akan ke taska. Jadualnya bermula dari 8 pagi. Ibu akan ke taman dekat tepi rumah ni untuk berjogging selama sejam. Balik relax, buat kerja rumah. Petang sambung jogging lagi atas treadmill.

Ha.. tu perancangan awal... so boleh la ibu start ptg ni lari atas treadmill... Insya Allah... semoga Allah permudahkan semua rancangan ibu ni.

27 February 2012

Still The Same or Not The Same?

Hye bloggy...I want to update several things...

First is about Zafran.. he is all grown up.. so cheeky and naughty... an amazing explorer when he combines his experience, curiosity with science to try and error things around him. What he likes to do the most other than rides his bike is spill out his drink on floor.. wipes it using his palm, lastly he will lie down on the water spot. Then he will point his fingers to the wet area or on his pants, he says.. "umppah...  uppah.. uppah".  I was angry when he did that for the several time earlier. I used to pinch him, scolded him, told him that i don't like this, and i am angry.  But now i didn't. I know it is a normal process of growing up.. of being a man..so i let that be.. I just ask him why he did that.. what happen... to probe conversation with him. I shows the effect on his pants and shirt which is all wet. Instead of scolding, I am teaching him the consequences of his behavior.

He is so independent lately. Sometimes, ibu intentionally left him downstairs while ibu go up to shower or do house chores. Ibu will inform him that ibu want to shower or get change.. and asks him to wait.. so what ibu will do is open cartoon channel 613 and give him something to munch. I am so proud of him when he was behaving very well.. watched cartoon.. or play with his toy when i peek on him. Sometimes he falls asleep as well.. all by himself! hahaha... I am so proud to say that I am proud of him.. he can stay alone for an hour.. play by himself.. sleep by himself.. sometimes when is is hungry he will get on to the dining table try to grab food, biscuit.. whatever he can get to eat..If he is so thirsty.. he will say "ayer.. ayer..ayer" asking drink from us. 

So that's the latest story about my darling Zafran...

About me.. I am still the same.. I am jobless. I don't earn money for living, I have been a stay-at-home mom and wife for the past 3 months. Now, I am so boring. I went to an interview but receive no call 2 weeks after the interview; a bad sign.. I am really need a job. What i want to do? 

I am thinking to focus on my online business that i have forgotten because lack of modal to buy new stock. Or i can sell kuih muih.. send them to restaurant, hawkers. To accomplish this, i intent to go for a savory course. One that i found is by Chef Asma, it is cheap, only RM180.Or... become a fee-lancer writer as my husband suggest.. Oh... I think i don't have this talent.. what kind of writer? novel? magazine? critique? Is there anyone out there that would like to read my article? hahahaha.. Or my last option is continue my phd..yes i want to do phd... but not now.. i just not ready for it..I have not prepare mentally, spiritually and physically to go for 4 years phd-research study.. I hate doing research.. it's tiring... Is the any phd course which is non research on the world, only exams? Nope... Coz that the purpose of phd.. to produce man who can think critically, produce knowledge for the purpose of human good. 

Kadang-kadang.. i feel like I am a loser.. Like I am an idiot. I am a non profitable woman.  So what is the point to keep me? Kesian my husband. He holds a great responsibility being my husband which I cannot repay him. He is loyal to me.. loyal as a husband.. feed his family... buy materials to make his wife and son comfortable.Oh Tuhanku.. selamatkanlah suamiku dari marabahaya di dunia dan azab api neraka di akhirat kerana dia seorang suami yang bertanggungjawab. 

Hah... tunggu la sebulan 2 lagi.. kalau tak dapat kerja gak.. memang aku kena buat something lah ni...

17 January 2012

Huh.. Banyaknya Sawang!!!! Kena Kemas,,

Lama betul ibu tak update blog.. dah bersawang pun.. byk kerja pulak nak update cerita tentang life ibu, Zafran dan ayah di awal tahun baru 2012 ni.

1. Ibu sekarang ni tidak bekerja buat sementara.. ibu dah resign dari tempat kerja lama.. Yang penting di awal tahun 2012 ni ibu sedang aktif mencari kerja lain. Insya-Allah... tak lama lagi ada lah rezeki tu.

2. Ayah tukar kereta baru... warna putih.. and it is hybrid car from Honda. Beli kereta baru ni pun sebab kereta lama ayah dah teruk... byk masalah dengan enjin dan gear box. Kereta pun dah berkarat, luntur sana sini. So sebelum ni ibu sangat susah hati bila pergi jalan jauh naik kereta lama tu. Beberapa kali kereta tu break-down. Sekarang insya-Allah, dah tak susah hati sangat lgi nak pergi jalan jauh² especially bila time nak balik kampung ayah.

3. Ibu beli LCD Tv.. Brand Toshiba 32PBxxxxx...Price RM890. Ayah cakap.."ni first time ibu beli barang mahal untuk rumah" silap tu.. ni barang paling mahal ibu pernah beli untuk rumah.. sebelum ni pun macam2 ibu beli.. tapi dalam 100-200 je la...32'' je..cukup lah tu untuk rumah kecil kami bertiga.. hati nak LED 3D.. tapi tak ada bajet lagi la... mahal.. maybe bila dah duduk rumah sendiri nanti..Insya-Allah. Semuanya berpunca bila TV besar gedabak lama tu dah rosak. Tak syok tengok tv 15'' ibu masa zaman duduk hostel dulu. So ibu pun sambar la sebiji.. of course la dengan permission ayah. Mula-mula ayah tak bagi.. tapi bila dah beli dia yang overexcited... hehehehehe


4. Zafran dah setahun sembilan bulan. dah besar sangat... banyak development Zafran dah berlaku.. antaranya yg ni...

 Zafran... peace..! pandai pose depan camera

 panjat grill sampai atas

faham dan leka bila tengok tv

5... erm... tak ada lagi dah rasanya.. so empat tu je la...

28 October 2011

Sadis.. Gambar Bayi Dikelar




Sedihnya tengok gambar ni.. seorang bayi yg baru dilahirkan kurang dari 24jam dikelar diseluruh badan oleh ibunya yg berusia 16 tahun di asrama sekolah di Betong, Sarawak.

Tersentap hati ibu tengok gamabr yg menyayat hati ni.. tak sanggup nak tengok.. kenapa ada orang yg berhati binatang macam ni? Sebab dia kelar anak tu adalah kerana kekasihnya tak nak terima anak luar nikah hubungan diorang. Nau'zubillah....

Comel sangat baby tu.. kenapa la sanggup bunuh.. bayi tu tak bersalah, tak berdosa.. mak nya tu sure sakit mental. Kalau macam tu lebih baik la dia gugurkan kandungan daripada melahirkan. Baby tu masih bernyawa masa dia kelar.. kenapa dia tak tikam jer terus mati on the spot? Kenapa mesti kelar sikit-sikit sampai 8 kelar kat badan baby tu??? Ishhhh.. marah sungguh ibu kat orang yg buat baby kecik macam tu. Kalau la org tu ada dpn ibu.. memang makan penampor la.

Banyak lagi kes macam ni.. kes buang bayi. Sedih la.. kenapa masyarakat Malaysia macam ni? Yg byk buang tu pulak adalah Melayu. Bagi lah kat orang yang nak.. ataupun bagi kat JKM.. at least makan minum anak tu terjaga. Ibu sanggup terima.. sanggup jaga macma anak sendiri... lebih baik drpd dibuang tepi jalan ibarat anak kucing.Anak kucing pun ada harga diri tau... gile la pempuan tu!

Tak tau lah ibu nak buat apa. I am not a prime minister who can change the country... nor I am a minister of welfare who make decision on the abandon kids.. I am just an ordinary woman who voiced out my feelings and opinions in my personal blog which no one will read.

Actually, ibu ada satu impian... ibu nak buka satu rumah kebajikan untuk anak-anak yg dibuang dan dijumpai orang. Tapi anak-anak yang HIV free je.. sebab nye yg HIV positif ni cerewet dari segi penjagaan, rutin harian dan pemakanan. Tak larat la ibu nak handle HIV case.. Remaja perempuan yg dibuang keluarga atau tak tau mana nak letak anak tu lepas lahir, boleh hantar kat rumah kebajikan tu. Tujuan ibu adalah mengurangkan kes buang bayi dan menyediakan tempat perlindungan yg digelar "rumah" untuk anak-anak ini dimana meraka akan merasa kasih sayang berkeluarga.. Macam Rumah Solehah and Keluarga Besar.

13 July 2011

Durian Season

Tak larat nak cerita byk.. coz rite now ibu is in office and it is already 5 p.m.. restless and missing little Zafran so much while he is at his nursery.



 





 





 






 

13 June 2011

Klinik Serena


This is the continuity of previous story entitle "Bloody Poo".


Disambungkan kisah....... petang pukul 4 tu ibu chow dari tempat kerja balik amik little darling nak pergi to our favaorite paed, Dr Serena. Bila ibu gerak dari taska little darling, ibu tangok jam dah 4.30. So, ibu agak2 sempat la we all sampai klinik tu before 6 or ngam2 6 p.m. Masa on the way to clinic, Zafran was happy happy all the way.. He ate biscuits and clapped when ibu sang. He also fall asleep. 

nyum nyum....

sedap la biskut ni ibu




main chak chak dalam keta


 comot nyaaa




zafran dah kenyang makan biskut

tidur laaa.. ape lagi...

 zoom skit mulut comot


We were stucked in traffic jam when it already 5.30 petang.. the traffic jam was so bad... and ibu did not remember the road very well... so what happened was ibu tersalah jalan. And nak u-turn je dah amik masa 1 jam ok! Masa ibu dah dapat  u-turn, dah pun pukul 6.30 petang. So, ibu pun pikir la sesorang.. kalau lalu balik jalan nak pergi klinik tu, kena tempuh jammed lagi, tambah 1 jam lagi. Tension nyaaaaaa.... Tak tahu nak decide apa masa tu... Air mata perempuan ni pun laju je keluar... Little darling kat sebelah ibu sedang slena dialun  kereta... Antara keberaniaan seorang wanita yang tak tahu jalan memandu seorang diri waktu malam atau kesakitan anak kecil yang yang dah tak mampu nak menanggung kesakitan lagi sehingga pagi esok.... Lastly, ibu pun patah balik.  Demi Zafran, untuk anak ibu... ibu mesti patah balik, ibu mesti sampai ke klinik tu malam ni jugak. Ibu tak sampai hati tengok budak busyuk ni tahan sakit, menangis tertonggeng-tonggeng. Apa pun rintangan jalan raya ini, mesti dapat di atasi...

This time ibu tak ikut main road. Entah jalan mana ibu redah je, masuk ikut jalan kampung sambil menunggu direction dari gps yang separuh saja kelihatan di skrin... Skrin handphone ibu rosak iem ni Mulanya ibu ingat nak stop makan dulu as ibu was so hungry and ibu assume little darling was hungry too. Dia kan kuat makan, mesti la hungry..  Tapi, bila pikir balik, pukul berapa nak sampai pulak nanti kan? Sia-sia je usaha ibu kalau klinik tu dah tutup. So, ibu teruskan perjalanan.

Entah macam mana, setelah setengah jam bersiar-siar dalam kereta, ibu ternampak kelibat bangunan penanda, iaitu "The Store", yang memberitahu klinik yang di cari cuma ada sebalik bangunan itu. Zummmmmmm... terus ibu pecut pergi klinik tu. Bila we all sampai, dah pukul 7 malam daaa...


Zafran was happy je kat klinik Sr Serena....
Golek botol susu, pastu kejar, pastu gelak sendiri.... kehkehkehkeh


Abang yang tengah cakap dengan Zafran ni was soooo active... Lari sana sini... Zafran pun kena langgar...











Sape yg peluk sape ni??
Lepas jumpe Dr Serena, dia bagitau darah kat poo Zafran tu cuma menunjukkan kan rektum dia melecet, sebab dah lama dan kerap buang air besar.  Alhamdulillah... lega ibu... nothing serious on little darling. 

9.30 p.m baru we all keluar dari klinik. Masa on the way balik, Zafran menangis dalam kereta, tak selesa nak tidur agaknya. Ibu susah sangat nak concentrate driving.... dah la ibu tak sure jalan mana, keadaan jalan pun gelap..  Zafran makin kuat pulak menangis, terjerit-jerit. Ibu tepuk-tepuk Zafran sampai la rumah. Lenguh tangan ni tak payah nak cakap la... macam terpusing je depan ke belakang.  Ibu tak boleh stop tepuk.. coz bila ibu stop je, Zafran merengek la.

Akhirnya, we all selamat sampai rumah 10.30 malam. Ibu terus angkat Zafran yang dah lena tidur masuk dalam bilik. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...