Malam semalam, Isnin 9/10/20102, pukul 10 mcam tu ibu dgn Zafran baru sampai dari rumah. Hari Ahad sebelum tu ibu dgn Zafran temankan kawan ibu pergi Muadzam Syah. Dia ada kerja kat sana, observe practicum student kat MRSM Muadzam. Sabtu sehari sebelum pergi ke Muadzam tu Zafran demam. Ibu bawak Zafran pergi jumpe Dr Serena. Sepanjang malam ibu berdoa semoga demam Zafran tak teruk esok nya... sbb nak berjalan jauh. Risau la ibu dgn keadaan Zafran. Zafran bila demam cranky.
Ahad pagi kul 9 we ol dah bertolak. Sampai Temerloh dekat pukul 12, tunggu ayah pulak. Ayah datang dari Jerantut, he has been there since Friday. Ayah tak bagi ibu pergi Muadzam tu apatah lagi nak bagi ibu drive ke sana. Kawan ibu tu old woman yg dah tak berapa larat dah nak drive. So, ayah sukarela drive kan ibu dan kawan ibu tu ke sana. Lunch kat Bandar Bera. Sampai Muadzam dah dekat pukul 4 petang. Malam tu we ol gi dinner kat Jentayu Kopitiam, opposite CIMB Bank.
Kat Muadzam we ol stay 1 night kat De Mawar Homestay. Bolehla ibu bg rating 4/5 kat De mawar tu. Coz bersih. Isnin tengahari settle la keje kwn ibu tu. We ol gi makan dulu kat bandar, then balik ikut Gambang coz ayah nak ke Kuantan pulak. Kawan ayah tunggu ayah kat exit tol Gambang. Syukur, Zafran tak meragam sangat. The only hard time was masa nak bg Zafran makan ubat. Zafran byk dengan alasan nak elak mkn ubat. Kdg2 nangis, lari jauh. Ibu kena tangkap Zafran, kepit Zafran. Masa we ol sampai Gombak dah pukul 6.30 ptg.. jalan jem tahap gaban. penat sgt duk lam keta lama. KEPENATAN SUNGGUH..... Sampai je rumah ibu mandikan Zafran, mandi koboi je sbb Zafran demam lagi. Buatkan susu. Around 10.30 Zafran dah tidur. Ibu pulak kemas baju, mandi apa semua.. dekat kul 12 gak la baru ibu tidur. Esok nya... kami berdua bangun lambat.. 10 pagi kauuuu! Pagi tu bangun pun badan rasa lesu lagi. Seriyess penat sbb travel jauh dan lama smlm. Tak larat laa nak masak. KELESUAN... Kain baju byk kott ibu nak kena setelkan hari ni. Ibu goreng nugget, goreng ikan, masak nasi.. makan la dgn kicap.. cukupla untuk santapan kami berdua hari ini. Yang penting tak lapor... ada makanan.
Hari ni demam Zafran dah kebah... demam sikit je. Zafran buat perangai la... suruh ibu buat lego dia. Dia tak nak buat, tapi suruh kita yg buat. time ibu buat figure dr lego tu, Zafran tengok jer.. bukan nya dia nak buat sekali... lastly ibu pulak yg main.. Dah lama2 ibu dah tak larat la.. apa faedahnya pulak ibu yg main lego... byk keje lain ibu nak buat la Zafran... Bila ibu tak nak main dah lego, Zafran marah, nangis2.. campak pieces of blocks tu kat ibu pulak.. Ibu amik ibu campak lat kat tempat toy case Zafran.. Nangis jerit2 pulak.. Ibu buat tak tau je la.. Malas la ibu nak layan drama Zafran. Then masa Ibu nak suap makan, Zafran tak nak makan nasi. Puas ibu pujuk elok2... Last2 Zafran keluarkan nasi2 dalam mulut kat atas carpet... berterabur la nasi.. melekat kicap atas carpet... wahhhh marahnya ibu.... ibu dah la penat, lesu, tak ada mood ni.. Zafran buat perangai sungguh... Ibu marah.. tp tahan je marah.. ibu tak nak pukul or rotan Zafran... Ibu BEREMOSI SUNGGUH masa tu... Then ibu tak sedar ibu tunjal kepala Zafran... ibu cakap "tak nak makan, sudah!" lepas dah buat tu baru ibu sedar.. ibu beristighfar.. tak baik la kann ibu tunjal kepala Zafran macam tu.. marah je lah tak payahlah nak turn the emotion into action..
Sekarang Zafran dah tidur... Bila Zafran tidur, masa tu la ibu akan peluk, cium Zafran puas2... cium amik bau ahli syurga ni. Sedap sgt bau tu.. sejuk hati bila ibu dpt cium bau Zafran. Ibu nak minta maaf kat Zafran sbb ibu kasar kat Zafran tadi.. maaf kan ibu yer sayang bucuk manja ibu.... semuanya sebab ibu kepenatan, kelesuan, tu yg ibu jadi keemosian.
10 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment