Mood sekarang sedih dan hiba.. sebab sejak menjak ni ibu rasa nak pergi jalan-jalan.. specifically nak pergi bercuti dan bersantai... sangat amat okey.. dah setahun lebih ayah tak bawak ibu dan zafran jalan-jalan. Setakat balik kampung tu bukan jalan-jalan.. tu aktiviti memerap kat rumah kampung. Ayah jer yang pergi berjalan sana sini. Pergi jalan-jalan shopping complex pun tak ada. kadang2 bila ada barang nak beli je baru ibu pergi Jusco sorang-sorang, amik barang yang nak then terus bayar dan balik.
Kali terakhir kami gi jalan-jalan masa gi Melaka bulan 4 tahun lepas. Tapi tahun ni... ishh... ishh... ayah tak ada bajet. Tahun lepas ayah masih gunakan kereta lama dia, wira. tp raya tahun lepas ayah dah upgrade kepada honda.. upgrade bermaksud tambah duit. Tukar keta tu pun sebab wira ayah dah banyak masalah. Setiap bulan ada je nak kena repair atau tukar. Tu yang ayah beli keta honda. Erm... masa memula ayah nak beli keta tu pun ibu ikut je la sebab tu keta ayah. Ayah yang pilih, ayah yang bayar monthly installment. Masa tu susah hati bila nak pergi mana-mana, nak balik kampung lagi la risau.. takut break down tengah jalan. Decision ayah tukar kereta tu memang tapat pada masa, cuma yg tak berapa tepat pemilihan kereta tu.. monthly kena bayar 1200... mahal la pada pendapat ibu. Ibu rasa membazir bayar kereta lebih dari seribu sebulan... sebab harga kereta tu makin turun, bukan makin naik.
Sebelum ni kos 2 biji keta ayah bayar seribu sebulan, tapi sekarang kos dua biji kereta 1500. Keta kenari ibu pun ayah yang bayar setiap bulan dari masa mula-mula beli. So duit untuk pergi bercuti dah tak masuk dalam bajet ayah lagi. Yg lain lain tu tentulah 700 untuk makan, 750 insurans, 300 susu dan pampers zafran. petrol dan tol pergi kerja pun dalam 700 gak sebulan. Sekali-sekala spent untuk beli baju, kasut dan tudung ibu.
Lagipun tahun ni dah enam bulan ibu tak kerja... suri rumah sepenuh masa. Jadi ibu tak ada bajet untuk pergi bercuti. Duit simpanan yang ada seprauh dah digunakan bayar duit muka keta honda ayah, separuh lagi ibu dah guna buat duit beli lauk dan barang dapur sepanjang tempoh enam bulan ni. Duit yg tinggal dalam bank ibu sekarang pun dah makin susut. jadi, ibu pun tak boleh nak berjimba-jimba dah.
Dari bulan tiga haritu ibu ada ajak ayah gi Cameron Highland... tapi bajet ayah tak ada... gaji ngam-mgam je untuk perbelanjaan rumah. Teringin pulak ibu nak pergi jalan Lost World of Tambun.... kalau ibu cakap pun tau dah jawapan ayah. Tahun ni anniversary kami ke 8, birthday Zafran ke 2 dan birthday ayah ibu jugak tak diraikan. Kata ayah lebih baik simpan duit untuk makan daripada pergi bercuti.
Mood: Sedih
Sebab: Tak dapat pergi bercuti
Punca: Bercuti tak ada dalam bajet 2012
0 comments:
Post a Comment