30 December 2013

Nenek meninggal dunia

2/12/13, Isnin,
7.45 pm - busy day kat tempat kerja ibu... Smpai rumah dah 7,45pm.. Ayah ckp abah (pakcik ibu) kol, bgtau nenek tak sedar, kritikal kat hospital Sultanah Amunah JB. Ibu tak pasti lagi nak balik atau tak. Sebab nrnek mmg selalu masuk hospital sebab keadaan penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dia. Ibu masak sup ayam. Pastu ibu kol nek tam zhafran, Nek tam ckp moyang zhafran tenat, 50-50 je harapan. Terus ibu kemas bag, makan masi dan shoot balik johor. Sinngah rumah nek tam kat gombak amik anak-anak nek tam, palcik sopi dan shahril.

3.12.2014, Selasa,
3.00am - sampai hospital.. Terus ibu tgk nenek. Keadaan nenek mmg sgt lemah dan kritikal. Nenek bergantung pd mesin bantuan pernafasan. Mak teh ckp isnin pagi tu nenek dah nazak, doktor tnya makteh nk guna mesin atau tak, mak teh ckp ya, sbb anak2 nenek ramai yg belom sampai.

6.30am - doktor jumpe anak-anak nenek tanya keputusan mereka. Atas nasihat doktor, mereka dah bincang utk tanggalkan mesin pernafasan nenek. Sebab tak nak nenek terus menderita sakit. Masa doktor nak cabut tiub dr mulut nenek, ibu keluar sbb ibu x smpai hati nak tengok saat nyawa nenek dicabut oleh malaikat Izrail. Ibu ingatkan lps cabut tu nenek terus meninggal, rupenya tak. Doktor masukkan oksigen, nenek terus bernafas.

10.30am - nenek stabil sikit drpd smlm. Nenek boleh bernafas sendiri. Oksigen level mencecah 100%.

12.00pm - ibu naik atas kejap tengok nenek. Masa ni oksigen level drp skit 92-93%. Nadi pon kerap jatuh bawah 50 menyebabkan mesin berbunyi. Ibu rasa x sedap hati. Ibu x sanggup tengok. Ibu ajak atuk turun makan nasik, tp atuk tak nak. Ibu turun bawah. Angkat zhafran yg tgh tidor atas kerusi kat kaki lima wad hantar kat ayah yg tgh tidur dlm surau.

1.00pm - ibu duduk makan nasi ayam kat kerusi kaki lima wad cempaka. Fatihah sepupu ibu temankan. Lps makan ibu terpandang surat khabar metro kat sebelah. Ibu baca. Fatihah borak2 dgn kakak sebelah dia pegang baby.

1.25pm - ibu dgr azan zuhur. Ibu habiskan baca surat khabar sikit lagi.

1.30 pm- ibu dah habis baca surat khabar. Ibu tergerak hato nak naik atas tgk nenek. Ibu smpai je dpn pintu wad 4 cempaka  ibu nampak ramai orang kat katil nenek. Rupenya nurul, ika dan lain2 ada kat atas jugak. Tergerak kat ati ibu lain macam je.. Ibu berjalan ke katil nenek yg terletak kat tgh2 wad, dpn meja nurse. Masa tu la sepupu ibu nurul dan ayah dia ckp  "tak ada dah". "Bila?" ibu tanya. "baru kejap". Nenek ibu (moyang zhafran meniggal dunia 1.30pm.

Atuk menangis la. Kesian kat atuk, dia sayang sgt kat nenek. Berpuluh tahun nenek sakit dia jaga, masak, suap makan, etc. Atok ckp kat ibu "15 tahun atuk yg masak, basuh baju.. Kalau dia panjang umur lagi, tak meninggal lagi, atok tak kisah pon buat semua tu".

3.00pm - van jenazah dtg amik nenek hantar g umah mayat. Ibu, nek andak, nek nani dan acik aida sepupu ibu tlg ustazah mandikan jenazah nenek. Pengalaman pertama ibu mandikan jenazah. Itu lah bakti terakhir ibu utk nenek. Ibu mmg x dpt balas semua jasa dia yg jaga ibu masa ibu kecil.

4.30 pm - van bertolak ke rumah.

5.30 pm -  Smpai rumah utk solat jenazah.

6.30 pm - selesai urusan pengebumian nenek.

02 September 2013

Gi UIA Kuantan

Sekarang ni we ol bertiga kat kuantan, pahang. Baru sampai pukul 12 tghari td. Pagi tadi lps subuh siap-siap, kul 8.20 pagi keluar rumah. Berhenti minum kat gerai dpn hutan lipur lentang dan toilet je.

Sampai je kuantan, terus pergi uia. Sebab nak menghadiri undangan perkahwinan kawan ayah, Izhan dgn pasangannya Afzan. Ayah ckp, Afzan ni staff uia, that's why guna dewan uia, save cost agaknya.


kalau dah nama uia, kat mana-mana mesti ada trademark uia ni.... wlwpun kat siling...

si kecik ni dah pandai posenbila disuruh pose dpn kamera...



gi masjid uia pulak...

dalam masjid.... masa amik gambor ni si baju biruku tgh solat...ade la gambar dia sekali yg tgh solat..

lps gi kenduri ni, kita pergi pulak kenduri ke 2... opposite masjid uia... yg kenduri kedua ni, anak kpd staff cimb bank yg kawin.. sbb staff tu, kak mala kenal ayah, so ayah dpt invitation.

pengantin perempuan tu cantik... baju dia pun cantik... malu nk amik gambar sbb x kenal. so ibu curi-curi amik gambar...

dah setel tujuan utama gi kenduri kat kuantan ni, kita gi cari hotel utk bermalam pulak...


31 August 2013

Cerita basi jenjalan ke Kuala Tahan

Cerita ni dah basi sgt..... Dah berbulan-bulan lepas... Baru nak tulis. Ni tentang we ol gi jenjalan ke kuala tahan... Port utk masuk ke taman negara pahang.

Kisahnya ayh da kenduri kahwin yg nk di attend.  Lepas gi kenduri tu, ayah bawak la ibu dgn zhafran jln2 ke sana. Tujuan sebenar ayah nk gi mkn kat restoran terapung yg byk terdapat kat situ...





Tempat ni tak de la cantik mana... tp dia access utama nk masuk ke National Park. Dlm gambar yg pertama tu, seberang sungai tu Rainforest Resort. Resort yg sgt cantik dlm hutan, harganya pon agak mahal. 

5-6 tahun lps ibu dgn ayah dah pernah gi national park ni. Dah naik jambatan gantung, dah gi mandi sungai, dah gi tempat yg byk ikan kelah, cuma x mandi je dgn ikan kelah tu. Kebanyakkan pelancong kat sini matsaleh. Sbb kos nak gi sini agak mahal. Sebab pengangkutan utama adalah bot. Jadi kos minyak agak mahal. Nak gi tmpt ikan kelah kena naik bot, nk gi canopy walk kena naik bot, nak gi kampung org asli kena naik bot. boleh gak lau nk jln kaki, tp berejam la sampai.. lalu denai dlm hutan.. pergerakan sgt slow. Jadi kalau nk cepat, dan tak penat sgt naik bot la. Bot dia bukan speed bot yeee..... tp bot mcm dlm gambar tu... mcm sampan sebenarnya. Tp ada enjin. kecik je sampan tu, tp panjang. Bergoyang-goyang gak la sampan tu.. tp mmg best... adventure sgt.


Malam tu ayah checked in kat Jerantut Inn. Sok pagi baru we ol balik...

30 August 2013

Durian ooo durian....

Budak kecik ni sgt suka mkn durian.... Kat dgn kawasan rumh ni ada org jual durian... Hari2 ambik hantar dia gi nursery mmg akan lalu dpn gerai durian tu. Dr minggu lps lalu dpn tu dia akan ckp kat ibu, "ibu, nak durian..". So, kelmarin blk dr amik dia kat nursery, terus ibu singgah beli durian. Ibu beli 5 biji, rm20. Sebab ibu pun hantu durian gak..... Mana cukup beli sebiji dua je kan... Berebut la ibu dgn zhafran nnt nak mkn durian....

Dlm keta dia dah bising suruh bukak durian. Dah mcm mana pulak nak bukak dlm keta sambil drive... Ade yg robek tgn kang.... Sampai je umah, dah x sabor sgt dah... Terus ibu bukak durian tu.. Eh ibu pun join semulut gak....


Budak kecik ni heppi betul dpt mkn durian.. seronok sungguh dia .. mcm sedap yg amat sgt je durian tu pd dia..

Kisah Raya

Raya tahun ni mcm biasa la... We ol balik beraya kat Tanah Merah, Kelantan. 1 syawal dijangkakan jatuh pada hari Khamis 8/8/2013. Hari Selasa, 6/8 tu we ol dah bertolak balik.

Memula ayah xkp nak balik pagi2 pas subuh.. Tp.. Lps subuh tu ayah ngantuk la pulak.. So sambung tido. Kul 10 pagi baru bangun. Akhirnya, kul 12 baru bangun....

Waktu dah nak berbuk, we ol sampai gua musang. So joined kawan2 ayah staff bank yg nak berbuka sama2 ari tu. Destinasi berbuka adalah kedai mamak... Yg sgt tak best.... Sotong busukkk... Kepala ikan pulak keras dan sejuk mcm baru keluar peti ais. Ibu mkn sikit je... Lgpun ibu dgn zhafran dah bedal kuih yg we ol beli kat raub tdi....,kuikuikuikui... Kantoi ibu tak puasa ari tuu....

Sampai umah dah kul 12. Sebabnya ayah solat terawih dulu kt masjid gua musang. Terus tukaor baju, bersihkan diri dan tido....

Malam dan pagi raya pertama, cuma family kami dan family cik ta (adik ayah) je yg ada kat rumah. Yg lelain beraya kat umah mertua.

Raya ke 3, barulah semua adik beradik ayah ada. Penuh dan riuh rumah...  Pagi tu, we ol amik gambar keluarga.. Guna kamera baru cik su.

Collection duit raya ibu... Eh zhafran tahun ni rm220. Tahun dpn kita collect lg byk ye....


Kami balik semula ke shah alam hari selasa jugak... raya keenam.. jem jgn ckp la.. mak oiiii.... tepu sendi duk lama sgt dlm keta... sape2 yg biasa gi kelate ganu, tau la mcm mana tahap jem dia... smapai umah dlm kul 3 pagi.. terus pengsan kepenatan tahap gaban. 

18 May 2013

Gaya Zhafran Tdoooooo........

hahaaa.. tetibe rasa nk tgk balik semua pic Zhafran tido yg ada... ibu suka sgt tgk gamabr2 Zhafran tido... mcm2 gaya... comel... layanzz...

08/12 - Air Terjun Kota Tinggi







18/5/2012







24/6/12 - kat rumah

25/6/12 - kat rumah

15/7/2012- Port Dickson

21/8/2012 - otw balik rumah dr kelate, Zhafran terbongkang tido kat seat blkg...

16/1/11 - Tmn Gelora, Kuantan

Macam Tepung Gomak!

Budak bertuah ni.. main bedak masa ibu kat dapur... grrrrrrr.....



10 April 2013

My Baby Zhafran

Alhamdulillah, tahun ni tahun ke 9 perkahwinan ibu dan ayah. Hari ni jugak Zhafran masuk 3 tahun..Tahun ni jugak ibu masih belum mengandung dan melahirkan anak.. Cuma Zhafran yg jadi penghibur ayah dan peneman setia ibu sejak usia perkahwinan ibu dan ayah mencecah 6 tahun. Zhafran tak habis2 dgn Ultraman nya.. plg parah dia yg jadi Ultraman.. ibu dgn ayah jadi monster,,, sakit2 badan ibu kena tumbuk, kena gomo dgn Zhafran.. Memang kadang2 kadang ibu marah, marah sgt pun ada.. ibu cubit Zhafran.. geram sebab sakit badan ibu.. Bila Zhafran buat jugak, kene setepek hanger kat kaki kecik tu...Tapi waktu mcm ni Zhafran tak ada kat rumah pergi sekolah, ibu rindu sgt kat Zhafran, He is not only my accompany, he is also my bodyguard! Sebab setiap kali ibu berpura-pura sakit kena babap oleh ayah, Zhafran The Ultraman akan dtg ptotect ibu.. Dia akan tumbuk ayah berkali-kali dgn gaya mcm seorang Ultraman.. miss that moment sooo much...Then he will asks me, " Ibuu, sape buuwat?"  suweeettttttttttttt sangattttt okehh..

Ibu tak pernah menyesal ada Zhafran, 
tak permah rasa tak suka Zhafran.. 
yg pernah ibu tak suka adalah perangai Zhafran
yg suka pukul ibu bila Zhafran bertukar jd Mebius
yg suka henyak badan ibu waktu ibu baring tgk tv
yang buat tak dengar bila ibu suruh kemas toys yg Zhafran sepahkan satu rumah
yg suka main air sampai basah baju seluar ibu waktu ibu mandikan Zhafran
yang tak nak pakai baju seluar sendiri wlwpun dah pandai pakai sendiri
yang terlalu manja sampai sgt dependent pd ibu
yg kdg2 mengada byk songeh....
After all. ibu amat sayangkan Zhafran..

psssss... mood rasa bersalah kat Zhafran sbb mlm td dia naughty, ibu ckp ibu tak nak Zhafran, ibu nak tukar Zhafran dgn Qaseh kat Acik Zira.. Dia baring sebelah ibu, ibu tolak dia kat tepi, ibu ckp ibu tak nak dia. Dia menangis, tp ibu buat dek je. Niat memula nak test Zhafran je nak tgk reaksi dia, tp bila dia beri reaksi ibu tak respond mcm yg sepatutnya ibu respond.

Okeh.. ibu nak mandi, solat, beli barang buat kek birthday Zhafran than gi amik Zhafran. Amik Zhafran ni kang ibu pujuk Zhafran lah.. ibu akan ckp ibu sayang sgt kat Zhafran...  8-)  Sure he will be ok, ibu pun will be ok.. Muahhhh...


Ko ada ilmu ke nak Berniaga ni?

Ko ada ilmu ke nak Berniaga ni?
Tak de byk.. ada ilmu asas je...

Masa gi Seminar Berani Berniaga Dr Azizan Osman ari tuh, ibu dpt la skit ilmu perniagaan dr dia..
before ibu cerita ilmu yg ibu dpt, ibu nk cerita tentang Dr Azizan osman ni...

Rupa fizikal org nya mmg boolat... hehehehehe lau nk masukkan kategori hensem tu mmg first dr belakang.. Ibu notice dia sentiasa senyum je.. kelakar, dan ikhlas. Dari segi pertuturannya, dia seorang yg cakap direct to the point, mungkin agak laser sikit laa... bahasanya ringkas, bila dia explain kita mudah faham explanation tu, body language dia pun kdg2 kelakar seiring dgn ayat dia yg kelakar tu. cthnya dia suka buat mcm2 ekspresi muka.Tak kedekut ilmu, dan kemungkinan besar dia seorang yg caring.. ulalala

wlwpun orgnya boolat, gelap dan tak hensem, tapi renungan mata dia tajam, aura dia kuat


ILMU DR.AZIZAN OSMAN @ SEMINAR BERANI BERNIAGA 2013 - SACC MALL (31/3/2013)



1.Prinsip pertama dalam hidup adalah BERSYUKUR
Barangsiapa bersyukur dengan nikmatku, Aku akan tambah lagi... Dulu Dr.Azizan citer, dia selalu komplen....salahkan mak ayahla lah sbb tak pernah ajar berniaga.. sebab tu dulu dia gagal.. Mentro dia Peter Lau kata pada dia pertama sekali adalah, " Kau perlu berterima kasih dengan Tuhan".
Orang yang banyak komplen tidak ada masa nak bersyukur, Orang yang bersyukur tidak ada masa nak komplen.
2.TINDAKAN adalah penting, tapi paling penting lagi adalah MATLAMAT..
Asyik pikir pikir pikir.......dah 48 tahun tak start-start.
3.Yang lagi penting adalah KEINGINAN yang TINGGI..
Selalunya keinginan dia lemau, suam-suam kuku..wam warm chicken shit..Kalau tak ada keinginan yang tinggi, 2-3 ekor biawak lalu depan kedai pun..akhirnya tutup kedai...
4.Perkara baru yang Dr.Azizan belajar dari Richard Branson ialah:
1) Nampak MATLAMAT dengan jelas, kau nak pegi mana?
2) SENYUM - ENJOY the journey...ramai orang yang nampak MATLAMAT dgn jelas, tp tak enjoy dpm perjalanan nak capai matlamat tu.. dr awal dah rasa susah, tak senang hati..tak enjoy...
 Antara bisnes Dr.Azizan dari Department yang kecik, bisnes untuk TM bernilai RM2.8 billion.
5.Bina EKONOMI kita sendiri, kita tak akan risau dengan ekonomi dunia.
Walaupun ekonomi negara gawat, kita tak ada efect ape. sbb kita ada ekonomi sendiri yg kukuh.
6. Strategi pemasaran- kena memahami EMOSI manusia..
Isunya kalau kita pandai buat karipap sedap macam mana sekalipun tapi kalau orang tak tahu, kita makanlah sendiri..
Kalu tokey restoran ikan paten meleleh...muka hawau,jangan harap lah rezeki nak masuk...
7.Bermulalah di mana kita boleh bermula.
TANPA seringgit pun dah boleh start buat bisnes.
Kelemahan bangsa saya kata Dr. Azizan Osman ialah majlis ilmu tak nak pegi...baca pun tak nak...
8.  Kalau nak buat bisnes NIAT untuk jadi kaya, u tak akan kaya.
Tapi kalau u nak buat bisnes sebab nak tolong selesaikan masalah orang, sooner or later u akan terpaksa kaya.
9. Apa yg kita dpt, kita kena bagi balik
Berapa banyak pun duit kita dpt..kita mesti BERSEDEKAH....
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada ramai orang.
10.Apa yang saya FIKIR, apa yang saya RASA, apa yang saya CAKAP dan apa yang saya BUAT, semuanya adalah DOA.
Belajar tukar apa yang kita cakap.

11.Rasulullah tak pernah makan gaji.
Kalau esok mati, alhamdulillah...masalah selesai..what if tak mati-mati lagi?
Apa yang kita buat sekarang, untuk next generation.
Sepatutnya lagi banyak bisnes, lagi banyak duit, lagi banyak masa..
12.Belajar dgn org yg tepat. 
Kalau nak jadi pemain squash terbaik, boleh ke belajar dengan Misbun Sidek?
If u want to be successful, change your friend! For things to change, I must change first!

13. FAST ACTION, FAST RESULT
TERHEGEH-HEGEH ACTION, TERHEGEH-HEGEH RESULT!
Hanya yg pantas akan menang!

Lain-Lain:

 Masalah student Dr Azizan dari Johor, buat online bisnes, sale RM 130 K , tapi masalahnya..tak ada masa nak pi melancong ( masalah yang best )
Masalah student Dr Azizan di Kedah pula, sale dah RM 40K-50K sebulan, buat bisnes online jugak..maknya suruh cari kerja jugak sebab ingat anaknya malas asyik gentel facebook je.. dia suruh pegi kerja macam orang lain
Dr.Azizan sentuh pasal AURA
1. Kenapa nak Aura besar? Supaya mudah didekati, di sukai..
2.Gunalah apa-apa doa dan mandi garam.
Cara bersihkan AURA
1.Mandi garam 21 hari (the best sebelum tidur)
2.Beristighfar setiap hari (min 101 kali) selama 21 hari
3.Selawat 1000 kali selama 21 hari (boleh installment, asalkan complete dalam masa sehari)
4.Tak boleh marah-marah..kemarahan bocorkan aura..The moment dia marah, aura dia pecah..

Ilmu Dr.Yusry
1.Hidup jangan dihantui..(pengalaman-pengalaman pahit)
2.Bagi orang yang happy, dia mempunyai tenaga yang banyak
3.Kalau kita bahagia, tenaga lebih baik..
4.Yang paling penting, hidup biar SENYUM dan sentiasa dalam keadaan TENANG

06 April 2013

Ko Berani Berniaga???

31 Mac arituh ibu and ayah attend seminar Dr Azizan osman kat SACC.. yg ni seminar yg plg basic, FOC je. Ayah yg memula ajak ibu pergi and register kan ibu, sbb ayah ckp dia nak ibu dgr sendiri dr Dr Azizan Osman. Kalau dia yg ckp ibu tak paham.. Kua Kua Kua.. Cliche sungguh statement ayah tu..

Pagi 6.30 dah bangun, siap2 7.30 keluar rumah. ibu tak sempat breakfast.. bersiap lama sgt, ayah sempatla minum milo dgn oat. Zhafran ibu and ayah dah amanahkan Ciksu jaga sampaila we ol balik ptg karang.

Sampai SACC 7.45 am parking dah penuh, org pun dah ramai. kena register dulu then diorg akan bg gelang tgn kertas kaler merah. Then 8.15 am pintu besar dibuka utk masuk dewan.. haaa ni part yg plg ibu tak suka... Masa nak masuk ni semua org yg dlm anggaran 2 ribu dah tunggu kat dpn pintu.. bila pintu buka, semua org berebut-rebut nak masuk, ape lagi semua bertolak-tolak la nak cop seat kan... sape cpt dpt seat area dpn.. sape lambat seat blkg la.. giler la... dah mcm segerombolan anak kambing yg berebut-rebut nak keluar kandang ko tau! Serius sgt tak selesa.. berkali-kali bahu dan tgn ibu bergesel dgn lelaki-lelaki bukan mahram di sekeliling ibu.. lemas dan tersepit la.. Sangat tidak professional! Mcm budak tadika yg berebut nak gula-gula pun ada! Sabor je la.. Pasal hal cara masuk ke dewan tu, tak psl-psl ibu angin pagi tu.. tp kejap je.. bila dah start ok la.. cool balik.. tak baik utk diri sendiri dan org sekeliling bila marah je ni..

Ni lah gambar keadaan sblm masuk dewan.. Gambar adalah di google..


Sebelum DR Azizan start, mamat pic atas ni akan suruh kita menari dulu... err.. ngeri ko... agak over la tarian senaman dia tu.. mmg normal utk program seminar mcm ni as an ice braker and eye opener kena menari skit.... skit-skit sudahlah.. ni over.. nak kena gelek kiri, gelek kanak, melompat bagai...sgt tak Islamic.. kan 90% yg dtg tu org Islam.. tak ada langsung dimulakan dgn doa, Assalamaulaikum.. bahkan dimulakan dgn menari dan say HI! Sape2 yg nak perkenalkan nama pun ckp Hai! Yg nak menyapa pun kena ckp Hi Helmi! Hi Siti! Pastu mamat ni punye baju byk kali terangkat nampak perut dia kottt.... OMG! Perlu ke mcm tu? Tepuk kepala tanya otak sendiri la brother...

1.30 pm - 2.30 pm lunch break and solat. Kitorg pergi cari mkn kat kompleks pkns.. tp ... ramai sgt org.. semua tmpt mkn full... tmpt mkn yg mahal je yg tak ramai org.. Memula kirg pergi mkn kat foodcourt atas pkns tu, tp order lamabat dgt org lain yg dtg pas kitorg dpt nasi grg dulu... tak larat nak tunggu dah kul 2 pm masa tu, ibu, ayah and kwn ayah, Mie.. blah la.. nak cari surau .. tak jumpe lak. Bila jumpe surau gile punye full! Ibu dah bengang dgn Mie tu atas keterhegeh-hegehan dia, ibu beratur je bli Mcd.. Tak peduli dah lah.. Suka ati ayah la dia nak ikut kwn dia tu, ibu tak boleh la nak ikut org yg jln slow, action slow mcm tu..so ibu buat keputusan sendiri lagi baik.

Pas beli Mcd. dah 2.25 pm.. terus ibu pergi dewan dulu tinggalkan ayah dgn kwn dia yg masih tgh mkn kat restoran FC.. Alhamdulillah, ibu dpt seat, siapkan copkan seat utk ayah dgn kawan dia. Dah dkt kul 4 baru ibu keluar gi solat zohot kat tgkt 2 SACC tu.

Ptg tu aktiviti adalah penerangan dr agensi kerajaan ttg pinjaman perniagaan, yg ada adalah TEKUN, SME Bank, MITI dan PNB. Diorg explain dgn details psl servis kerajaan yg diorg wakili. Alhamdulillah... seblm ni tak pernah tau psl TEKUN, dan MITI.. skrg ibu dah tau. Dan ibu lebih tau ttg SME bank yg ibu dah pernah belajar sikit dulu masa gi Kursus Asas Keusahawanan Siswa.

Seminar tu habis 6.15 pm mcm tu. Insya Allah, 13 April 2013 ni ada lgi seminar Berani Berniaga ni kat Menara PGRM Cheras. Ibu dah daftar. Kali ni ibu akan pergi dgn mak sedara ibu mak Tam. Ibu ajak dia pergi sbb dia bisnes menjahit dr rumah, so dia patut dtg dan dgr seminar Dr Azizan ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...