18 April 2012

Zafran is 2 years!

Holla.....

Last week was Zafran 2nd birthday.. Initially, ibu did not plan for any celebration.. but ibu decided to bake a cake for him.. it was a last minute change. Sebab ibu kesian kat him.. Even he still small, don't understand the meaning of birthday, but he has the right to be appreciated, happy and fun on birthday. It was devil choc cake.. Recipe was taken from ana suzana's blog.. Looking at the pic, it looks soo mouth watering.. however once ibu done with the cake, it is not so tasty.. choc indulgence is  more delicious. So, it is not among ibu's top choice of baking.

When it was about the time to serve the cake, ayah's sister came to our house. So, with 2 candles which ibu has kept for years.. balance masa beli cake long long time ago.. hehehe.. ibu light up the candle, sang happy birthday son to Zafran.. we clapped.. This is when the most funniest moment.. Zafran malu ok! After we clapped, we told him to blow candles, he shamed.. He tried to masuk bawah kerusi ok! Hahahah...  ayah hold him, asked him to blow the candles..  Then, makan la kan... Ibu tak amik gambar pun.. segan kott sbb my sis in law was there, mcm over acting je pulak kalau ibu amik gambar.

Happy birthday sayang ibu... Ibu sayang Zafran.. love u so much..

28 February 2012

Step by Step Senaman Mudah di Rumah

 Ni ibu jumpe masa duk mengugle pasa senaman di rumah.. very good. and very easy.. tak perlu exercise equipment apa-apa pun.. boleh sangat ibu nak buat.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...

Buat mereka yang tidak biasa atau tidak pernah melakukan latihan beban, kenaikan otot tetapi turun berat dalam masa yang sama adalah perkara normal. Otot akan mudah ‘naik’ jika anda tidak biasa melakukan latihan beban kerana otot terkejut dengan situasi fizikal yang secara tiba-tiba menerima beban, lalu otak memberikan isyarat kepada badan supaya badan memerlukan lebih otot untuk menghadapi latihan beban yang sama di masa akan datang. Namun hal ini akan terhenti apabila badan berjaya menyesuaikan diri, ditambah pula dengan ambilan kalori yang dihadkan (untuk turun berat badan) sekaligus menyukarkan proses penambahan otot.

Jadi bagaimana rupanya rejim tu? Mari kita turuti satu persatu (harus dilakukan mengikut turutan).

1 – Stretching
Lakukan regangan otot terlebih dahulu, kerana kajian menunjukkan senaman regangan sebelum bersenam/bersukan mampu mengelak kecedaran sekurang-kurangnya 50%.
2 – Warmup 
Berlari-lari anak keliling rumah untuk tempoh 5-10 minit (Selepas 5 minit, jika nadi anda dah berdenyut lebih laju daripada biasa pun dah ok).
3 – Push up
Lakukan tekan tubi (standard push up) sebanyak 10x setiap set, untuk permulaan lakukan 2 set, setiap satu diselangi rehat selama 30 saat.
 
4 Jumping jack
Ini diikuti pula dengan senaman yang lebih popular dikenali di bangku sekolah sebagai lompat bintang sebanyak 50x, jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan, tetapi ikut pada kemampuan. Ingat, konsistensi itu penting.
5 Half-way Sit up
Mengapa mesti half-way sit up dan bukan full sit up? Bagi aku half-way sit up lebih berkesan dalam memberikan “burning sensation” atau kesan pembakaran pada otot perut berbanding full sit up. Tambahan pula form/kualiti senaman senang untuk lari kalau buat full sit up, anda mungkin akan menggunakan momentum badan untuk mengangkat badan anda dan bukannya otot perut.
Half-way sit up tidak memerlukan anda baring dilantai untuk setiap ulangan (repetation), tetapi biarlah dalam keadaan “hampir-hampir baring” sebelum merapatkan kembali dada ke lutut. Buat permulaan kepada si amatur, anda boleh melakukannya dihujung katil, tambah-tambah jika tilam berspring. Lakukan 10x dalam setiap set (untuk 2 set, setiap satu diselangi rehat 30 hingga 60 saat).
6 – Stairway to heaven
Apa yang anda perlukan ialah tangga untuk ke tingkat atas rumah anda. Anda hanya perlu berlari-lari anak naik ke atas, kemudian turun ke bawah (ni dikira sebagai satu ulangan), dan lakukannya sebanyak 20x.
7 Squat (bodyweight)
Macam mana nak buat squat? Sila lihat gambar dan mini tutorial di bawah, dan untuk permulaan lakukan 20x, untuk 2 set (setiap set diselangi dengan rehat 30 saat).
Pertama, berdiri lurus. Kemudian rendahkan punggung anda ke bawah secara perlahan-lahan, dan bukannya lutut anda ke bawah (lutut sehingga bahagian bawah kaki sepatutnya tidak bergerak banyak, statik lebih baik). Sekiranya anda dapati otot hamstring (peha belakang) anda meregang, maka anda berjaya melakukan senaman ini dengan betul.

Ibu's Slim Program: Tak Perlu ke Gym nak Exercise Kan...

Okeh dokie... ibu want to start my own slim program.. sebab sekarang ibu rasa ibu dah overweight.. dah obese.. Kali ni, ibu serius nak slim.. So ibu pun dok mengugle pasal gym kat Shah Alam.. ada la jumpe 2 tempat yg khas untuk wanita sahaja. Tapi bila ibu fikir balik, kat rumah pun boleh exercise kan? Setakat nak berjgging ibu  ada treadmill kat rumah. Taman pun ada tepi rumah je bila ibu nak berjogging. So, kenapa ibu perlu bazirkan duit nak ke gym kan?

Mula-mula ibu kena set kan jadual exercise ibu. So akhirnya ibu akan bersenam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sebab pada hari tu Zafran akan ke taska. Jadualnya bermula dari 8 pagi. Ibu akan ke taman dekat tepi rumah ni untuk berjogging selama sejam. Balik relax, buat kerja rumah. Petang sambung jogging lagi atas treadmill.

Ha.. tu perancangan awal... so boleh la ibu start ptg ni lari atas treadmill... Insya Allah... semoga Allah permudahkan semua rancangan ibu ni.

27 February 2012

Still The Same or Not The Same?

Hye bloggy...I want to update several things...

First is about Zafran.. he is all grown up.. so cheeky and naughty... an amazing explorer when he combines his experience, curiosity with science to try and error things around him. What he likes to do the most other than rides his bike is spill out his drink on floor.. wipes it using his palm, lastly he will lie down on the water spot. Then he will point his fingers to the wet area or on his pants, he says.. "umppah...  uppah.. uppah".  I was angry when he did that for the several time earlier. I used to pinch him, scolded him, told him that i don't like this, and i am angry.  But now i didn't. I know it is a normal process of growing up.. of being a man..so i let that be.. I just ask him why he did that.. what happen... to probe conversation with him. I shows the effect on his pants and shirt which is all wet. Instead of scolding, I am teaching him the consequences of his behavior.

He is so independent lately. Sometimes, ibu intentionally left him downstairs while ibu go up to shower or do house chores. Ibu will inform him that ibu want to shower or get change.. and asks him to wait.. so what ibu will do is open cartoon channel 613 and give him something to munch. I am so proud of him when he was behaving very well.. watched cartoon.. or play with his toy when i peek on him. Sometimes he falls asleep as well.. all by himself! hahaha... I am so proud to say that I am proud of him.. he can stay alone for an hour.. play by himself.. sleep by himself.. sometimes when is is hungry he will get on to the dining table try to grab food, biscuit.. whatever he can get to eat..If he is so thirsty.. he will say "ayer.. ayer..ayer" asking drink from us. 

So that's the latest story about my darling Zafran...

About me.. I am still the same.. I am jobless. I don't earn money for living, I have been a stay-at-home mom and wife for the past 3 months. Now, I am so boring. I went to an interview but receive no call 2 weeks after the interview; a bad sign.. I am really need a job. What i want to do? 

I am thinking to focus on my online business that i have forgotten because lack of modal to buy new stock. Or i can sell kuih muih.. send them to restaurant, hawkers. To accomplish this, i intent to go for a savory course. One that i found is by Chef Asma, it is cheap, only RM180.Or... become a fee-lancer writer as my husband suggest.. Oh... I think i don't have this talent.. what kind of writer? novel? magazine? critique? Is there anyone out there that would like to read my article? hahahaha.. Or my last option is continue my phd..yes i want to do phd... but not now.. i just not ready for it..I have not prepare mentally, spiritually and physically to go for 4 years phd-research study.. I hate doing research.. it's tiring... Is the any phd course which is non research on the world, only exams? Nope... Coz that the purpose of phd.. to produce man who can think critically, produce knowledge for the purpose of human good. 

Kadang-kadang.. i feel like I am a loser.. Like I am an idiot. I am a non profitable woman.  So what is the point to keep me? Kesian my husband. He holds a great responsibility being my husband which I cannot repay him. He is loyal to me.. loyal as a husband.. feed his family... buy materials to make his wife and son comfortable.Oh Tuhanku.. selamatkanlah suamiku dari marabahaya di dunia dan azab api neraka di akhirat kerana dia seorang suami yang bertanggungjawab. 

Hah... tunggu la sebulan 2 lagi.. kalau tak dapat kerja gak.. memang aku kena buat something lah ni...

17 February 2012

Not in the Mood

Mood nak upload blog dah ke laut.... I am searching the mood on the sea as I am searching a clown fish over the Atlantic ocean... wahhhh....

17 January 2012

Handsome Boy in His First Baju Melayu

While ibu explored ayah's files in pc, ibu found these...Zafran in purple baju melayu. Caught in Intekma Resort Uitm, 12/11/11.



Huh.. Banyaknya Sawang!!!! Kena Kemas,,

Lama betul ibu tak update blog.. dah bersawang pun.. byk kerja pulak nak update cerita tentang life ibu, Zafran dan ayah di awal tahun baru 2012 ni.

1. Ibu sekarang ni tidak bekerja buat sementara.. ibu dah resign dari tempat kerja lama.. Yang penting di awal tahun 2012 ni ibu sedang aktif mencari kerja lain. Insya-Allah... tak lama lagi ada lah rezeki tu.

2. Ayah tukar kereta baru... warna putih.. and it is hybrid car from Honda. Beli kereta baru ni pun sebab kereta lama ayah dah teruk... byk masalah dengan enjin dan gear box. Kereta pun dah berkarat, luntur sana sini. So sebelum ni ibu sangat susah hati bila pergi jalan jauh naik kereta lama tu. Beberapa kali kereta tu break-down. Sekarang insya-Allah, dah tak susah hati sangat lgi nak pergi jalan jauh² especially bila time nak balik kampung ayah.

3. Ibu beli LCD Tv.. Brand Toshiba 32PBxxxxx...Price RM890. Ayah cakap.."ni first time ibu beli barang mahal untuk rumah" silap tu.. ni barang paling mahal ibu pernah beli untuk rumah.. sebelum ni pun macam2 ibu beli.. tapi dalam 100-200 je la...32'' je..cukup lah tu untuk rumah kecil kami bertiga.. hati nak LED 3D.. tapi tak ada bajet lagi la... mahal.. maybe bila dah duduk rumah sendiri nanti..Insya-Allah. Semuanya berpunca bila TV besar gedabak lama tu dah rosak. Tak syok tengok tv 15'' ibu masa zaman duduk hostel dulu. So ibu pun sambar la sebiji.. of course la dengan permission ayah. Mula-mula ayah tak bagi.. tapi bila dah beli dia yang overexcited... hehehehehe


4. Zafran dah setahun sembilan bulan. dah besar sangat... banyak development Zafran dah berlaku.. antaranya yg ni...

 Zafran... peace..! pandai pose depan camera

 panjat grill sampai atas

faham dan leka bila tengok tv

5... erm... tak ada lagi dah rasanya.. so empat tu je la...

14 November 2011

Sayangkan Anak, Tangan-tangankan? PART 3: Bagaimana cara menahan diri agar tidak memukul anak?

BAGAIMANA CARA MENAHAN DIRI AGAR TIDAK MEMUKUL ANAK?

Betapa seringnya kita sebagai orang tua merasakan begitu susahnya untuk menahan diri untuk tidak memukul anak ketika dia melakukan suatu yang menyusahkan kita. Padahal jika kita berpikir ulang kita akan dapati bahwa pukulan itu tidaklah akan memberikan suatu manfaat yang besar dibandingkan dengan penyesalan yang akan kita tunai setelah itu. Maka sebagai orang tua kita harus mengerti bagaimana cara agar kita bisa mengendalikan diri kita untuk tidak memukul mereka ketika berbuat kesalahan.

Berikut ini beberapa tips agar kita bisa menahan diri untuk tidak memukul anak.

1. Berusahalah untuk berlindung kepada Allah dari godaan yaitan.

2. Bayangkan dirimu seperti anakmu ketika anda masih anak-anak dan ibumu yang dengan sabar dan lembut menanggapi kesalahan-kesalahan dan kenakalanmu

3. Berbicaralah dengan dirimu sendiri :”Apakah engkau dengan pukulan ini ingin membalas dendam atau engkau ingin mengajari anakmu dengan pukulan ini?" Jika yang engkau kehendaki adalah pelampiasan kemarahan maka engkau tidak berhak memukulnya, akan tetapi jika engkau bermaksud mengajarinya adab dan sopan santun, maka bukankah masih ada cara lain selain pukulan?”

4. Renungkanlah lagi ketika anda memukulnya pada kesempatan sebelumnya dan bagaimana anda merasa menyesal setelah itu seandainya hal itu tidak terjadi

5. Buatlah kesepakatan dengan suamimu untuk mencegahmu dari memukul anakmu

6.Ingatlah pula bahwa anakmu lemah dan tidak bisa membela diri.

Sayangkan Anak, Tangan-tangankan? PART 2 : Alasan Mengapa Dilarang Pukul Anak

Alasan Mengapa Dilarang Pukul Anak


Hampir setiap orang tua mengeluhkan sulitnya mendidik anak. Meski begitu, orang tua tetap disarankan untuk tidak menyerah hingga beralih dengan cara yang mengarah pada kekerasan, baik kekerasan fisik maupun psikis. Hal tersebut dikarenakan efek buruk dari tindak kekerasan terhadap anak kelak.

Nah, berikut beberapa alasan kenapa dilarang untuk memukul anak:

1. Apa yang sering dilakukan orang tua cenderung akan ditiru oleh anak sebagai sebuah cara untuk bersikap. Jadi, memukul anak akan membuat prilaku anak menjadi lebih agresif dan kecenderungan berprilaku menyimpang saat remaja akan semakin besar.

2. Hukuman dalam bentuk kekerasan bukan sebuah bentuk pendidikan yang mengajarkan anak untuk dapat menyelesaikan konflik dengan cara yang efektif dan lebih manusiawi.

3. Kekerasan bisa mengganggu ikatan antara orangtua dan anak. Ikatan yang seharusnya didasari atas cinta dan saling menghargai tergantikan dengan rasa takut.

4. Anak yang sering dihukum biasanya akan mudah marah dan frustasi. Dia juga cenderung menjadi pendendam ketika tumbuh dewasa.

5. Anak yang sering dipukul akan mengalami trauma sehingga akan selalu dihantui ketakutan. Hal itu juga berdampak pada kepercayaan diri si anak kelak.

6. Dari orangtuanya yang suka memukul, anak belajar kalau memukul merupakan cara yang bisa dilakukan untuk mengeksperikan perasaan dan menyelesaikan masalah. Oleh karena itu, sungguh memukul anak bukanlah cara yang tepat untuk mendidik mereka atau membuat mereka jadi orang yang lebih baik


Lagi Info..:

http://wilsonmelayani.blogspot.com/2011/05/stop-memukul.html

http://norazharishak.blogspot.com/2011/10/petua-menangani-anak.html

Sayangkan Anak, Tangan-tangankan? PART 1

Sejak menjak ni.. Zafran semakin aktif.. aktif explore dunia persekitarannya.... kadang2 sampai melebih2.... contohnya dia suka main botol bedak, so end up dia ketuk kepala ibu dengan botol bedak tu.. bukan tu je.. hanger, mainan dia... apa je bila dia start main, end up buat ketuk kepala orang.. kepala ibu la yg selalu kena.

Yang ibu perasan Zafran suka main dengan kepala orang.. bila dia nampak getah dia akan main getah tu kat rambut ibu. Sebab dia tau ibu selalu guna getah tu untuk ikat rambut. Tapi ibu tak tahu pulak dari mana dia belajar ketuk kepala orang.. tak penah pulak ibu atau ayah buat macam tu depan Zafran...bila Zafran dah start main ketuk2 kepala tu.. memula ibu akan tegur dulu.. ibu akan cakap kat dia "sakit". Tapi lepas 2 -3 kali ibu ckp mcm tu dia buat jugak, ibu akan marah dia. Kadang2 ibu pukul atau jentik tangan atau kaki Zafran. Zafran ni pulak jenis tahan sakit. kalau sikit2 tu tak ada apa pun.. tak lut. So ibu akan pukul lagi beberapa kali sampai dia mengelak atau lari. Kadang2 ibu sengaja kuatkan pukulan tu bagi Zafran rasa sakit.. Bila sakit baru Zafran nangis.

 bila ibu angkat nak pukul atau jentik, Zafran akan kenyitkan mata macam ni

Hari Sabtu baru ni, ayah kerja. So Zafran tinggal berdua dengan ibu kat rumah. Zafran duduk atas sofa dan main rambut ibu yang duduk atas lantai bersandar pada sofa tu. Ibu biarkan je la. Makin lama, Zafran ketuk2, pukul2 kepala ibu. So ibu cakap la sakit.. tapi dia pukul lagi kepala ibu.. as if pada dia it was a game and he was happy doing that. Makin lama Zafran makan seronok ketuk tampar kepala ibu. Sakit ok. Bila ibu cakap byk kali Zafran buat jugak, so ibu tampar kepala pipi Zafran dengan perasaan marah dan geram. Zafran diam je. Ibu tampar lagi sambil marah Zafran. Bila ibu stop, Zafran tgk ibu. Then dia senyum. OMG, dia rasa ibu tampar dia tu ibu bergurau dengan dia, bukan ibu marah!So ibu pun senyum dan peluk Zafran. Ibu usap kepala Zafran yg kena tampar dengan ibu tadi. Ibu cakap ibu minta maaf sebab pukul Zafran. Ibu bagitau dia ibu buat macam tu sebab marah dia ketuk kepala ibu.

Satu lagi perkara, Zafran sekarang suka campak barang. Makanan, mainan, botol susu, biskut, baju.. you name it.. everything dia akan suka2 campak je bila dia tak nak atau marah. Ni part yg ibu geram sangat. Ada satu hari tu dia campak kuih. On the spot kena pukul dengan ibu. Ibu marah sbb Zafran campak makanan yang ayah beli.

Baru tadi Zafran kena pukul lagi dengan ibu sebelum tidur. Puncanya Zafran meragam, ngantuk. Bila ibu bagi botol susu, Zafran campak botol susu tu. Konon nak protes atau marah kat ibu tak ikut kehendak dia. Menjejes-jejes la susu atas tilam. Immediately ibu pukul peha Zafran. Kuat ok! Ibu tau kuat sebab tangan ibu pun sakit. Zafran terus nangis. Kesian pulak, cepat2 ibu peluk Zafran, usap peha dia. Ibu baringkan dia dan bagi dia minum susu. Tersedu Zafran nangis. Sambil Zafran minum susu, ibu baring sebelah, peluk Zafran. Ibu gengam tangan Zafran. Memang selalu ibu baring, peluk Zafran bila dia minum susu. Ibu cakap ibu minta maaf sebab pukul Zafran kuat sangat tadi. Lepas tu Zafran pun tertidur.

Ok, sekarang Zafran dah lena. Ibu pun dah fikir beberapa hari yg lalu. Thats' it! Ibu tak boleh terus marah2 pukul2 Zafran macam ni. cara ibu ni SALAH. Salah sangat dalam memdidik anak. Especially anak yg masih kecil macma Zafran. Bila ibu google, ibu jumpe ni.....


Islam amat menitik beratkan soal pendidikan terhadap anak-anak.Ini kerana pendidikan yang betul dan menepati kehendak syarak , in sya Allah akan melahirkan anak yang beriman serta mentaati perintah Allah swt dan Rasul-Nya.Sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , apakah dibolehkan anak itu dipukul dan apakah pula had pukulan yang dibenarkan dalam Islam , jika Islam mengizinkan pukulan semasa dalam proses pendidikan terhadap anak-anak.
Apa yang penting ialah , hukuman adalah sesuatu yang disyariatkan dan termasuk salah satu sarana
pendidikan yang mendatangkan kesan dalam diri anak-anak.Namun berlebih-lebihan dalam menggunakan pukulan semasa proses pendidikan akan mengakibatkan kesan yang sebaliknya.

Ada beberapa kaedah dalam menggunakan pukulan dalam proses pendidikan seperti :
-  Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah , karena dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
-  Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti:wajah, kepala dan dada.
Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan , tetapi sebagai pengajaran.
-  Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”
(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)

Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.
Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Maka , didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…in sya Allah.

Lagi....bersambung part 2...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...