Ibu telah berjanji pada diri sendiri akan memastikan semua anak-anak ibu mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya ketika proses pembesaran, agar mereka membesar menjadi individu yang berkeyakinan, tau menghargai diri sendiri dan orang lain, seterusnya berjaya dalam hidup.
Untuk anak ibu (sayang mucuk zafran ibu je seorang setakat ni), maafkan ibu andainya ada kekasaran dalam ibu mendidik mu. Terkadang ibu terlupa hingga menyakiti mu. Sebenarnya, ibu sangat menyayangi mu.
Jika anak mu sentiasa diberi kasih sayang tanpa syarat dia akan menjadi seorang yang penyayang.Jika anak mu selalu ditabahi dia akan menjadi seorang yang penyabar.Jika anak mu selalu diberi galakan dia akan menjadi seorang yang yakin diri.Jika anak mu selalu diberi pujian dia akan menjadi seorang yang menghargai dirinya.Jika anak mu dilayan dengan saksama dia akan menjadi seorang yang bersikap adil.Jika anak mu diberi pengiktirafan dia akan suka dan sayang pada dirinya dan pada orang lain.Jika anak mu dihormati dia akan menghormati orang lain.Jika anak mu sentiasa didampingi dan diterima dia akan menjadi seorang yang tahu menjadikan dunia ini tempat yang seronok, selesa dan bahagia.Jika anak mu sentiasa dihargai dia akan menjadi seorang yang produktif.Jika anak mu diberi perlindungan dia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.
Jika anak mu selalu dikecam dia akan menjadi seorang yang suka mengecam orang lain.Jika anak mu selalu diseterui atau dimusuhi dia akan menjadi seorang yang suka bergaduh dan berkelahi.Jika anak mu selalu dihina dia kan menjadi seorang yang pemalu dan kurang yakin diri.Jika anak mu selalu diberi pujian berlebihan ia akan menjadi seorang yang riak dan sombong.Jika anak mu selalu dilayan dengan kekerasan dan marah-marah dia akan menjadi seorang yang agresif dan suka membantah.Jika anak mu selalu dibeza-bezakan dia akan menjadi seorang yang tidak puashati, irihati dan rasa bersalah.Jika anak mu dipersalahkan walaupun ia bukan salah nya, dia akan menjadi seorang pembohong dan pendendam.Jika anak mu selalu dikritik dia akan menjadi seorang tidak yakin diri.Jika anak mu selalu dimenangi walaupun bersalah dia akan menjadi seorang yang biadab, suka menyalahkan orang lain dan besar kepala.Jika anak mu selalu disisih dia akan menjadi seorang merasakan dirinya tiada harga diri.Jika anak mu selalu dibohongi dia akan menjadi seorang pembohong dan penipu.
0 comments:
Post a Comment