Called atok kat kampung byk kali. Called, tp x dpt sembang sgt, sekadar dgr suara atok dr jauh... "atok sihat...", ckp atok. "Azim (sepupu) dah balik ke?" Atok jwb "Tak de sape2 pon, atok sorg je kat rumah ni". "Ade sape2 dtg umah ke, mak uda ke (makcik, anak atok no 3), mak teh (makcik, anak atok no 5) ke?" "Ade tadi.. Atok g kubur (nenek) kejap jengah". I dont know what to feel.. sad or pity.. Atok yg dah 80 tahun, telinga dah x dgr, mata dah kabur, ckp dgn dia kena jerit., tinggal sorg kat kampung. Sejak isterinya meninggal dunia 3/12/13 baru ni, hari2 atok pergi kubur, "Atok gi jengah kubur kejap" ckp atok. Bertakung air mata... Perkataan jengah tu mcm nenek tu hidup lagi je..mcm pergi melawat isterinya.
Mmg betul kat org, 1 mak boleh jaga 10 anak. Tp 10 anak belum pasti boleh jaga 1 mak. Dah lihat depan mata.. Masa nenek koma, bergantung pd mesin utk terus berjuang, doktor ckp "kalau sedar, peluang utk sembuh sediakala is slim. Mungkin sedar, tapi tak boleh bergerak lagi. Mesti kena terus guna mesin utk bernafas.. Pihak hospital tak boleh buat apa2 lagi.. Bawak balik je lah". 9 anak bincang. "Kalau mak sedar, sape nk jaga mak? Sape yg boleh duduk kampung jaga mak? Mak dah tak bole bangun, semua kena org buatkan. Kena suap makan, mandikan, tukarkan pampers, etc." Tu yg aku dgr. Luluh hati..
"Ayah sorg tak larat nak jaga" kata atuk kepada anak-anaknya. "Kalau nak teruskan mesin pernafasan mak, bwk balik rumah 2-3 hari ni, kena ada yg jaga" ulas anak yg ke 2. Lama masing2 fikir. Masing2 ada suami/isteri dan anak2 yg bersekolah. Ade mata pencarian yg perlu diteruskan. Akhirnya, seorang saja yg tampil cakap bole jaga maknya kat hospital, tp mungkin untuk sebulan je. Sbb dia nurse jugak, so bole lapor kerja kat hospital yg maknya ditempatkan dgn separuh gaji.
"Lepas sebulan mcm mana? Sape pulak boleh duduk kampung jaga mak?" tanya anak yg lain. Semua terdiam.
Akhirnya, semua anak2 sepakat. Bincang dgn doktor. "We want to stop the machine. It's time for her to go". "We can take off the machine. Peluang utk dia sihat sgt slim, Dia pon dah terlalu tua.Terpulang kepada ahli keluarga" kata doktor. Aku menjerit dlm hati. "Who are you to decide on termination of human's life? Who are you to decide on a human's life and death? Only ALLAH has that privillege". Tapi, sape aku nak bersuara. Kalau aku cakap, pasti jawapan yg aku dpt "ko jagalah". Baru 2 hari mak kau koma, kau dah nak berhentikan life support machine? Dia tunjukkan tanda positif, dia kenyit mata bila doktor cucuk jarum kat tangan dia, dia mcm terkejut sikit tersentak dengar bunyi kuat bila nurse terjatuhkan barang, dan kening dia terangkat tadi. Mungkin dia akan sedar, tp dia memang tak boleh gerak lagi. Tak bole ke tunggu sebulan lagi tgk perkembangan dia? "Tak boleh". Sepupu aku ckp. "Lau dia sedar, masa tu lagi susah nak lepaskan dia pergi". "Korang belum cuba pon lagi, belum usaha pon lagi.. Dak nak give up?" Again, tak ade sesiapa yg dgr cakap aku. Baru 2 hari nenek koma, belum 3 hari pon, belum satu minggu pon, belum satu bulan pon!
Akhirnya, selepas subuh, 6.30 pagi, doktor cabut tiub oksigen yg dimasukkan ke dalam paru2 nenek, berhentikan mesin yg mengepam oksigen. Tp, nenek bernafas dgn sendiri. Semua senyum. Lega sikit. Tapi masih risau. Kalau mak mereka sedar, maka yg dirancang tadi berubah. Soalan yg sama berlegar2 dlm kepala masing2.
Tuhan itu Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Tepat 1.30 tghari lps zuhur, nenek menghembuskan nafas terakhir. Selesai sudah masalah 9 anak-anak nya.
Al Fatihah utk arwah nenek. Sekarang balik kampung, nenek dah tak ada. Masa nenek ada nenek selalu duduk kat kerusi malas dpn tv, pantang ade org lalu dpn nenek, ade je lah menda yg nenek nak tegur yg tak berkenan di mata nenek. Pastu, kadang2 nenek bebel. I really miss that moment. What i have now just her picture and memory. Lau nenek sedar hari tu, tentu aku takkan cari gaduh lg dgn nenek. Hahaha... Nampak sgt aku selalu lawan ckp nenek. Suka sgt buat mcm tu.. Sbb nanti nenek tu masam la muka, merajuk la.. Ape2 la... Mcm budak kecik. Dan aku tak sempat nak bgtau nenek, aku memang cucu dia. Cucu yg betul!




















