2/12/13, Isnin,
7.45 pm - busy day kat tempat kerja ibu... Smpai rumah dah 7,45pm.. Ayah ckp abah (pakcik ibu) kol, bgtau nenek tak sedar, kritikal kat hospital Sultanah Amunah JB. Ibu tak pasti lagi nak balik atau tak. Sebab nrnek mmg selalu masuk hospital sebab keadaan penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dia. Ibu masak sup ayam. Pastu ibu kol nek tam zhafran, Nek tam ckp moyang zhafran tenat, 50-50 je harapan. Terus ibu kemas bag, makan masi dan shoot balik johor. Sinngah rumah nek tam kat gombak amik anak-anak nek tam, palcik sopi dan shahril.
3.12.2014, Selasa,
3.00am - sampai hospital.. Terus ibu tgk nenek. Keadaan nenek mmg sgt lemah dan kritikal. Nenek bergantung pd mesin bantuan pernafasan. Mak teh ckp isnin pagi tu nenek dah nazak, doktor tnya makteh nk guna mesin atau tak, mak teh ckp ya, sbb anak2 nenek ramai yg belom sampai.
6.30am - doktor jumpe anak-anak nenek tanya keputusan mereka. Atas nasihat doktor, mereka dah bincang utk tanggalkan mesin pernafasan nenek. Sebab tak nak nenek terus menderita sakit. Masa doktor nak cabut tiub dr mulut nenek, ibu keluar sbb ibu x smpai hati nak tengok saat nyawa nenek dicabut oleh malaikat Izrail. Ibu ingatkan lps cabut tu nenek terus meninggal, rupenya tak. Doktor masukkan oksigen, nenek terus bernafas.
10.30am - nenek stabil sikit drpd smlm. Nenek boleh bernafas sendiri. Oksigen level mencecah 100%.
12.00pm - ibu naik atas kejap tengok nenek. Masa ni oksigen level drp skit 92-93%. Nadi pon kerap jatuh bawah 50 menyebabkan mesin berbunyi. Ibu rasa x sedap hati. Ibu x sanggup tengok. Ibu ajak atuk turun makan nasik, tp atuk tak nak. Ibu turun bawah. Angkat zhafran yg tgh tidor atas kerusi kat kaki lima wad hantar kat ayah yg tgh tidur dlm surau.
1.00pm - ibu duduk makan nasi ayam kat kerusi kaki lima wad cempaka. Fatihah sepupu ibu temankan. Lps makan ibu terpandang surat khabar metro kat sebelah. Ibu baca. Fatihah borak2 dgn kakak sebelah dia pegang baby.
1.25pm - ibu dgr azan zuhur. Ibu habiskan baca surat khabar sikit lagi.
1.30 pm- ibu dah habis baca surat khabar. Ibu tergerak hato nak naik atas tgk nenek. Ibu smpai je dpn pintu wad 4 cempaka ibu nampak ramai orang kat katil nenek. Rupenya nurul, ika dan lain2 ada kat atas jugak. Tergerak kat ati ibu lain macam je.. Ibu berjalan ke katil nenek yg terletak kat tgh2 wad, dpn meja nurse. Masa tu la sepupu ibu nurul dan ayah dia ckp "tak ada dah". "Bila?" ibu tanya. "baru kejap". Nenek ibu (moyang zhafran meniggal dunia 1.30pm.
Atuk menangis la. Kesian kat atuk, dia sayang sgt kat nenek. Berpuluh tahun nenek sakit dia jaga, masak, suap makan, etc. Atok ckp kat ibu "15 tahun atuk yg masak, basuh baju.. Kalau dia panjang umur lagi, tak meninggal lagi, atok tak kisah pon buat semua tu".
3.00pm - van jenazah dtg amik nenek hantar g umah mayat. Ibu, nek andak, nek nani dan acik aida sepupu ibu tlg ustazah mandikan jenazah nenek. Pengalaman pertama ibu mandikan jenazah. Itu lah bakti terakhir ibu utk nenek. Ibu mmg x dpt balas semua jasa dia yg jaga ibu masa ibu kecil.
4.30 pm - van bertolak ke rumah.
5.30 pm - Smpai rumah utk solat jenazah.
6.30 pm - selesai urusan pengebumian nenek.




















